Cinta & Perhubungan, Kecantikan, Pilihan, Tips

Tips! 10 Perkara Bakal Pengantin Harus Lakukan Sebagai Persediaan Menjadi Isteri

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tips! 10 Perkara Bakal Pengantin Harus Lakukan Sebagai Persediaan Menjadi Isteri

Knock knock! Ada bakal pengantin kat sini tak?

IKLAN

Ini nasihat dan tips berguna untuk anda!

Orang kata kehidupan selepas berkahwin ni akan jadi sedikit suram, senang kata “tak enjoy dah”. Tapi kenapa? Bukan ke kehidupan selepas berumah tangga itu lebih indah daripada segalanya yang ada di dunia ini?

Seperti yang kita lihat dalam kebanyakan cerita dongeng, selalunya ia akan berakhir dengan kebahagian yang tiada berpenghujung. Betul tak?

Tetapi selalunya, mana ada selepas puteri-puteri itu semua berkahwin dengan putera idaman mereka, mereka akan kembali berjumpa dengan keluarga mereka.

Oh ya, ini menunjukan betapa masa anda untuk diluangkan bersama keluarga akan berkurangan dan harus ditumpu sepenuhnya pada suami tercinta dan keluarga baru yang ingin dibina.

Jadi, disini ada beberapa perkara yang mungkin anda mahu pertimbangkan sebelum anda bergelar isteri kepada si dia yang ganteng itu!

#1 Ada pendapatan sendiri yang kukuh

1

Ini sudah semestinya! Harus diingatkan kepada anak-anak dara yang bakal menjadi isteri tidak lama lagi, anda perlu pastikan yang anda betul-betul miliki kondisi kewangan yang kukuh iaitu dengan mempunyai pendapatan sendiri terlebih dahulu. Janganlah mengharap pada si suami pula nanti. Babak-babak menyayat hati di dalam filem telah banyak menceritakan, sifat seorang lelaki itu kadangnya berubah-ubah dan silalah bersedia daripada segi fizikal dan mental.

Bukan hendak menakutkan anda, tetapi inilah yang dinamakan lumrah kehidupan. Jika apa-apa berlaku dikemudian hari, anda bisa menanggung hidup anda sendiri bersama dengan anak-anak anda. Come on! Buktikan yang anda mampu hidup berdikari, berdiri diatas kaki sendiri tanpa mengharap belas kasih orang.

#2 Cuba tinggal sendirian

Perasaan tinggal sendirian dan tinggal bersama keluarga itu ada bezanya. Sesungguhnya, tinggal bersendirian itu akan lebih mematangkan anda dan menyumbang impak besar secara tidak langsung kepada anda, lebih-lebih lagi jika anda ini adalah bakal pengantin. Ya lah, kalau tinggal bersama ibu bapa ni, semuanya diuruskan dengan rapi, kebajikan anda, keperluan anda, semuanya ditanggung beres oleh kedua orang tua anda.

2

 Jadi, sebagai hasilnya, anda cuma goyang kaki bagai puteri raja gitu, tak tahu apa yang berlaku dan apa yang harus dilakukan.  Berdikari itu penting. Oleh itu, cubalah belajar hidup dan tinggal sendirian supaya anda lebih bersedia dan tidak digelar “katak dibawah tempurung”.

Nak jadi isteri ni bukan senang, perlu belajar menghadapai situasi-situasi genting. Ambil masa yang ada untuk anda belajar benda-benda baru, seperti belajar resepi masakan yang baru. Nak tambat hati suami perlulah dari seleranya kan? atau apa sahaja perkara yang anda tidak berpeluang untuk lakukan ketika bersama keluarga dahulu.

#3 Betulkan gigi

Nak mencantikan diri? Inilah masanya! Bila lagi kalau bukan sekarang sebab lepas ni anda akan bergelar seorang isteri. Gigi adalah satu perihal yang ramai orang terlepas pandang. 3

Rata-rata bakal pengantin, mereka semuanya fikirkan kecantikan penampilan luaran sahaja, fikirkan nak pakai baju gaya apa, nak rekaan pelamin yang bagaimana, nak solekan makeup yang natural sahaja atau glamor…

Pernah ke terfikir nak putihkan gigi, pakai pendakap gigi untuk betulkan gigi anda yang bertindih tu? Kalau ya, buat sekarang! Tak kisahlah jika perlu untuk anda laburkan sejumlah wang sekalipun, asalkan senyuman anda itu nanti dapat menambat hati suami. Para tetamu yang hadir ke majlis resepsi anda pun turut sejuk hati apabila melihat senyuman manis anda!

#4 Mendapatkan bentuk badan idaman

Kurus! Siapa tak nak kurus? Bentuk badan yang langsing menjadi idaman setiap wanita. Dipetik dari filem Bride Wars, “You do not alter a Vera to fit you, you alter yourself to fit Vera.”4

 Sememangnya, bakal pengantin harus tahu mengawal nafsu makan jika anda nak kelihatan cantik di dalam persalinan hari bahagia anda nanti. Ingat, bukan baju anda yang harus dipinda ukurannya tetapi anda sendiri yang harus meminda ukuran badan anda untuk muat di dalam baju pengantin berkenaan. Baiklah, nak kurus bukan hanya untuk hari perkahwinan semata-mata, malah untuk kekal sihat sehingga ke akhir hayat anda. Kita nak guna badan ni lama lagi. Jadi, sayangilah diri dan tubuh anda!

#5 Tukar gaya rambut anda!

Penting untuk semua wanita. Walaupun yang bertudung. Sebagai seorang perempuan, kita harus peka dengan kekemasan diri, jaga rambut bukan setakat untuk cantik, tetapi untuk nampak kemas dan teratur. Kalau dah rambut mengerbang gaya kak limah tu, bawa-bawalah ke salon rambut okay? 5

Sekarang bakal suami memanglah tak pernah kisahkan keadaan rambut anda, lebih-lebih lagi jika anda bertudung, tetapi apa akan jadi selepas dia melihat rambut anda buat kali yang pertama nanti? Ha, janganlah anda marah kalau si dia terkejut, terkedu dan pengsan hanya kerana melihat rambut anda. Gunalah rangkaian syampu yang bersesuaian. Kalau agak-agak tidak mampu, petua orang dulu-dulu yang gunakan daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut licin hitam bersinar pun membantu.

#6 Cantikan kulit muka

6

Kalau nak jadi pengantin, haruslah mempunyai kulit yang gebu dan mulus agar kelihatan berseri di hari bahagia nanti. Tapi, janganlah anda mengada-ngada cuba makan atau minum produk suplemen yang datangnya entah dari mana. Nanti dah elok-elok muka macam Cinderella tiba-tiba jadi macam ermmm Shrek mungkin? Pastikan produk benar-benar mempunyai kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Yang paling penting, minum 8 gelas air kosong setiap hari. Itu yang sebaiknya.

#7 Bermanja dengan keluarga sepuas-puasnya

Lepas ni jangan bermimpilah nak tidur dibawah ketiak ibu anda lagi atau nak temankan ayah anda tonton perlawanan bola setiap kali FIFA World Cup berlangsung! Suami anda nak letak di mana waktu tu?

7

Jadi, inilah masa yang terbaik untuk anda habiskan bersama-sama keluarga anda. Pergilah makan angin bersama atau adakan majlis makan kecil-kecilan seperti BBQ diantara keluarga anda sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan buat keluarga anda rasa disayangi dan tahu anda masih menghargai mereka sebagai orang yang banyak berjasa kepada diri anda sedari kecil. Air yang dicincang tidak akan putus, itulah yang dinamakan darah daging.

#8 Hadiahkan sesuatu yang istimewa pada diri

Anda dah lama teringinkan seutas gelang pandora? Atau sebuah tas tangan jenama Chanel dan mungkin juga telefon pintar iPhone edisi terkini? Pergilah dapatkan barang-barang itu dan hadiahkan kepada diri anda sendiri sebagai satu simbol tahniah.

8

Lepas ini, anda mungkin akan mempunyai lebih banyak komitmen yang perlu anda tumpukan dan agak sukar untuk mengembirakan diri anda sendiri. Oleh itu, sementara anda bujang ‘single but not available’ inilah anda harus memberi peluang kepada diri anda untuk menikmati keseronokan hidup sepuasnya dengan memuaskan keinginan diri anda. Jika anda sendiri tak sayangkan diri anda, siapa lagi?

#9 Pergi bercuti bersama sahabat baik anda

9

Ketika kita bujang, sahabat itu seolah nyawa kita. Hidup tanpa kawan-kawan ini bagaikan hidup segan, mati tak mahu. Bosan! Jadi, sebelum anda meninggalkan mereka demi kearah kehidupan berkeluarga dan menjadi seorang isteri yang punya banyak tanggungjawab, ambil lah masa yang terluang untuk anda dan sahabat baik anda pergi bercuti bersama-sama. “Short Getaways” sedikit sebanyak akan mencipta kenangan terindah yang tidak akan dilupakan buat anda dan rakan-rakan! Susah nak dapat peluang begini selepas kahwin nanti. Percayalah.

#10 Jadi anak yang baik! Barulah…10

Sematkan di dalam diri bahawa anda akan jadi anak dan isteri yang sempurna. Walaupun sudah bertukar status sebagai isteri orang nanti, hubungan anda dan keluarga tidak akan tercela. Anda masih anak kepada kedua orang tua anda dan mereka masih lagi ibu bapa anda.

Dengan itu, semakin besarlah tanggungjawab anda, bertambah hati yang harus anda jaga. Anda perlu bijak uruskan masa dan membahagikan kasih sayang sama rata. Memang suami itu syurga anda, tetapi tetapkan ‘ranking’ carta hati anda dengan sebaiknya. Ibu bapa itu adalah nombor 1 dihati anda dalam kategori A dan suami itu juga adalah nombor 1 dihati anda dalam kategori B. Adil.

RUJUKAN