Anda pencinta kopi? Kiranya kalau tak dapat kopi memang rasa lain sangat, rasa tak keruan hidup. Lebih-lebih lagi bila lalui hari yang sibuk dan tertekan dengan kerja, secawan kopi dapat melegakan keadaan.
Anda biasa minum kopi dengan creamer dan gula, bukan? Cuba, kali ini tukar sedikit supaya jadi lebih sedap dan pelbagai. Ini 6 jenis bahan yang boleh anda ditambah pada kopi. Tak salah mencubakan!
Kayu Manis
Caranya :
1. Didihkan air dan masukkan 1 batang kayu manis sehingga suhu mencapai 100 darjah celcius sehingga terbit bau aroma wangi kayu manis. Kemudian, api dikecilkan sehingga 90 darjah celcius.
2. Masukkan 1-1 ½ sudu makan serbuk kopi dan dikacau sehingga rata selama 2 minit dengan api yang kecil. Letakkan sedikit gula jika anda gemar rasa yang manis.
3. Matikan api dan tapiskan serbuk kopi menggunakan tapis air. Kopi kayu manis sedia dihidang.
Madu
Caranya:
1. Campurkan 2 sudu kecil kopi dengan 300 ml air panas.
2. Kemudian, tambahkan 2 sudu kecil madu dan gaul sehingga larut. Kopi madu sedia dihidang.
3. Jika mahu lebih enak, boleh letakkan 4 sudu kecil whipped cream.
Lemon
Lemon banyak khasiat tersembunyi. Ini resepi jika anda mahu tambahkan lemon dalam kopi.
Caranya:
1. Potong sebiji buah lemon dan perah jusnya.
2. Masukkan serbuk kopi dan sedikit gula ke dalam air panas.
3. Campurkan perahan air lemon ke dalam air kopi. Kacau sehingga rata.
4. Kopi lemon sedia dihidang. Kopi lemon akan membuat anda lebih segar untuk meneruskan aktiviti seharian.
Coklat
Coklat ditambah dalam air kopi, lain macam pulak rasanya. Tapi, cubalah mana tahu sedap.
Cara penyediaan:
1. Cairkan 50 gram coklat masak pekat.
2. Setelah coklat tersebut cukup cair, kacau bersama 2 sudu kecil kopi, 250 ml susu cair dan gula mengikut citarasa masing-masing.
Pudina
Caranya:
1. Panaskan air dan masukkan air panas ke dalam gula dan serbuk teh.
2. Kacau sehingga sebati kemudian masukkan daun pudina.
3. Campurkan air panas bersama dengan gula dan serbuk kopi.
4. Kacau dan hidangkan.
Daun Pandan
Ini cara penyediaan bersama daun pandan:
1. Panaskan air sehingga mendidih, racik daun pandan sehingga halus dan rendamkan dalam air tersebut.
2. Masukkan 1 sudu kopi, 1 sudu teh gula, 2 sudu krimer coffe-mate, dan tambahkan rendaman air pandan. Rasanya memang sedap dan baunya wangi semerbak!
[SUMBER]