Emas dan wanita tidak dapat dipisahkan. Nilai dan harganya yang tinggi membuatkan aksesori berharga itu tampak mewah untuk digayakan.
Selama ini, rangkaian kedai barang kemas terbesar, Poh Kong Malaysia telah bertungkus lumus menyediakan koleksi barang kemas berkualiti dengan rekaan yang menarik sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi, kanak-kanak, remaja hinggalah ke peringkat warga emas.
Baru-baru ini, Poh Kong memperkenalkan koleksi baharu mereka yang berilhamkan watak-watak Disney kegemaran ramai seperti Disney Baby Collection, Mickey Magic, Mickey & Friends, Winnie The Pooh dan Disney Princess khas buat kanak-kanak perempuan mahupun wanita dewasa yang ingin tampil comel.
Anak-anak perempuan anda pasti bergaya dengan koleksi Truly Magical oleh Poh Kong! Seleksi pilihan dan rekaan yang pelbagai khas untuk anda yang mahukan kelainan, terdapat dalam dua pilihan iaitu emas putih dan emas kuning.
Anda boleh mendapatkan koleksi ini daripada Poh Kong bermula pada harga RM239.
Selain dipakai sendiri, ianya sesuai untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang kerana diatas setiap pembelian koleksi Truly Magical daripada Poh Kong ini, ia turut hadir dengan bag tote dan permainan baldu lembut secara percuma!
Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkenaan dengan koleksi Truly Magic berilhamkan watak- watak Disney ini, sila layari laman sesawang rasmi Poh Kong Malaysia di www.pohkong.com.my.