Sejak tahun 2010, jenama minuman bubble tea Chatime Malaysia tidak pernah berhenti untuk mengungguli carta hati penggemar teh di Malaysia.
Chatime sentiasa berada di hadapan. Resepi baru dicipta dari masa ke masa bagi menambah baik dan memvariasikan menu yang sedia ada agar dapat memenuhi permintaan ramai disamping perlu terus bersaing dengan syarikat minuman teh yang lain.
Semalam, Chatime Malaysia mengadakan satu acara menarik yang mengumpulkan para pengamal media untuk sama-sama menjayakan Thai Tea Fest!
Kini, jenama terkemuka dalam industri teh moden negara itu telah merangka produk eksklusif baharu dalam rangkaian minuman teh yang diinspirasikan daripada keenakan minuman popular the susu Thai iaitu Pearl Thai Milk Tea dan Coconut Top Thai Milk Tea buat semua pencinta teh di seluruh negara sempena tempoh promosi istimewa Pesta Teh Thai!
Chatime Malaysia sering cuba untuk membawakan rasa eksotik dari negara-negara lain seperti yang terbaru sebelum ini adalah King Of Mango Shake. Seleksi buah mangga yang digunakan adalah berkualiti dan telah diimport khas dari Pakistan. Untuk itu, bagi terus bereksperimentasi dengan rasa dan ciptaan resepi baru, rangkaian teh ala Thai pula diperkenalkan.
“Dengan pelancaran siri minuman baharu daripada kami, kami sasarkan untuk membawa keenakan rasa Thai Milk Tea ini kepada semua penggemar minuman Chatime.”
Mengulas lanjut, “Thai Milk Tea adalah minuman yang digemari ramai, sungguh pun ianya popular, agak susah bagi kebanyakkan orang untuk mendapatkan teh thai di kebanyakan restoran thai sedia ada di Malaysia.”
“Dengan itu, Chatime mengambil langkah yang proaktif untuk menyajikan para pelanggan dengan sensasi rasa baru daripada bumi gajah putih itu”, jelas Bryan Loo, Pengarah Urusan Chatime Malaysia.
Selain mengumumkan rangkaian teh baharu Thai Milk Tea, Chatime juga bakal melancarkan Thirstea Ringgit. Ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Chatime bagi menarik lebih ramai lagi pelanggan yang berpontensi. Thirstea Ringgit adalah sistem tambah nilai prabayar ke dalam program kad keahlian Thirstea yang sedia ada.
Sistem tambah nilai baru itu membolehkan pelanggan menambah nilai wang ke dalam kad Thirstea mereka dan boleh menikmati pengalaman membeli tanpa menggunakan wang tunai.
Selain itu, dalam jangka waktu promosi ini, Chatime juga menawarkan ganjaran dengan setiap 10 pembelian minuman Chatime menerusi Thristea Ringgit, pelanggan akan mendapat satu minuman percuma. Perkhidmatan Thirstea Ringgit akan dilancarkan pada 1 Oktober ini di semua cawangan Chatime seluruh Malaysia.
Untuk melengkapi keperluan pelanggan, Chatime juga akan melancarkan aplikasi telefon bimbit dimana, dalam masa yang sama, ia akan memudahkan pihak Chatime untuk penyampaikan info secara terus kepada para pelanggan jika terdapat apa-apa promosi baru daripada Chatime atau sebarang maklumat hebahan yang ingin disampaikan secara segera. Ianya lebih mudah untuk zaman teknologi kerana semuanya dihujung jari.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Chatime Malaysia di www.chatime.com.my