Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menerima banyak bantahan mengenai penguatkuasaan penggunaan kerusi khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kereta, berikutan harganya yang mahal.
Ketua Pengarah JKJR, Abdul Ghafar Yusof berkata, pihaknya menerima pelbagai maklum balas berhubung penguatkuasaan itu termasuk bantahan kerana ia membebankan mereka.
“Kerajaan baru-baru ini telah mewajibkan penggunaan kerusi khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kereta mulai 2019 bagi tujuan keselamatan, sekali gus dapat mengurangkan kadar kecederaan atau kematian akibat kemalangan jalan raya.
“Berikutan itu, kami telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak dan ada yang minta ia dipercepatkan tetapi pada masa sama, lebih banyak pihak membantah kerana kos sebuah kerusi berkenaan mahal iaitu antara RM600 dan RM3,000,” katanya.
Bernama