Udara adalah satu komponen peting yang diperlukan oleh sistem badan manusia agar kita dapat bernafas. Namun, tidak ada jaminan yang dapat diertikan bahawa udara yang kita hela ini adalah udara yang bersih.
Faktor sekeliling mempengaruhi kandungan udara samada udara tersebut benar-benar selamat untuk dihela atau pun sebaliknya.
Dalam keadaan kita yang meragui kondisi udara, lebih-lebih lagi apabila Malaysia kini sedang menghadapai satu fenomena pencemaran udara jerebu, jenama peralatan elektrik dan rumah terkemuka Philips telah mencipta satu mesin penapis udara dan humidifier yang inovatif bagi melengkapkan isi rumah dengan udara yang lebih bersih.
Jika selama ini anda fikir udara di dalam rumah anda itu sudah cukup bersih daripada partikel yang tercemar, maka anda salah. Apa yang semua orang patut tahu ialah semua bahan dan semburan pencuci, termasuk racun serangga untuk nyamuk, lipas dan lain-lain mengandungi kimia yang sedikit sebanyak dapat mempengaruhi kesihatan individu yang terdedah kepadanya. Duduk di dalam rumah sekalipun tidak bererti anda selamat tahu?
Ekoran kondisi udara yang mengancam kesihatan manusia, mesin penapis udara dan humidifier dapat membantu menaturalkan kembali kandungan udara anda disamping melancarkan pengaliran udara di dalam rumah. Langkah berjaga-jaga haruslah diambil, bak kata pepatah melayu, jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
Teknologi penapisan High-Efficiency Particulate Air (HEPA) yang digunakan dalam penciptaan mesin penapis udara Philips ini dapat menghapuskan sehingga 99.97% partikel, pencemaran dan sebarang alergi daripada terus bebas di dalam udara selain tidak menggunakan bahan kimia atau ozon untuk mendapatkan hasil udara yang bersih.
Teknologi Philips VitaShield IPS pula adalah direka untuk memanfaatkan kuasa yang selamat dengan menjanjikan teknologi penulenan udara yang semula jadi.
Jadi kenapa perlu berkira sekiranya anda mahu hidup dalam suasana yang bersih, terhindar daripada udara yang dapat mengancam kesihatan dan nyawa anda? Gunalah Philips Air Purifier and Humidifier dirumah anda sekrang!
Untuk maklumat lanjut tentang produk, sila layari laman sesawang rasmi Philips Malaysia www.philips.com.my.