Kesihatan, Makanan, Pilihan

9 Khidmat Penghantaran Sajian Sihat Sekitar Kuala Lumpur

Avatar
/
Pecinta makanan, simple dan lakukan sesuatu perkara dengan 100%
9 Khidmat Penghantaran Sajian Sihat Sekitar Kuala Lumpur

Lupakan deliveri ‘fast food‘! Sekarang anda mampu mendapatkan makanan yang sihat yang dimasak dengan kadar nutrisi yang betul dengan 9 khidmat penghantaran sajian sijat ini. Dengan hanya satu klik sahaja anda mampu mengubahnya!

IKLAN

1. Chosptick Diner

Dengan salad yang berharga serendah RM15, Chopstik Diner membuat penghantaran secara percuma dengan pembelian RM50 ke atas pesanan sebelum pukul 10 malam sehari sebelum.

Tidak berapa gemar dengan salad? Ada juga pilihan lain yang merangkumi kandungan salad yang sikit dengan Vietnamese Spring Rolls atau Pad Thai Zoodles!

Laman web: http://www.chopstickdiner.com/

We have a Thai street favourite on our weekly special this week. THAI LARB!

A post shared by Chopstick Diner (@chopstickdinerlunchbox) on

 

2. The Lean Canteen

IKLAN

Dicipta oleh penggemar makanan seperti anda, fokus The Lean Canteen lebih kepada memberikan sesuatu yang terbaik buat pelanggannya. Bekerja rapat dengan pakar nutrition dan chef berkelayakan memastikan hidangan di bawah 500 kalori.

Laman web: https://www.facebook.com/theleancanteen

 

3. The Rebellious Chickpea

Makanan yang sihat kelihatan membosankan? Biar The Rebellious Chickpea membuktikan anda salah dan berseronok dengan menu yang inovatif yang akan diperbaharui setiap minggu, dengan harga tetap sebanyak RM16 setiap satu!

Pastikan anda ikuti mereka di Facebook dan dapatkan notifikasi pada setiap update mereka pada setiap minggu!

Laman web: https://www.facebook.com/TheRebelliousChickpea

 

4. Epic Fit Meals Co.

Diisnpirasikan daripada nilai kesihatan Australia, Epic Fit Meals Co. yang berada di Damansara Perdana menawarkan pilihan makanan sihat, dari Wester, Asian dan juga Mediterranean.

Dengan minimum pesanan sebanyak RM20, makanan sihat anda akan dihantar di depan rumah anda di tempat tertentu dalam masa 45 minit!

Laman web: https://www.facebook.com/epicfmco

 

5. Dah Makan

Dengan hidangan baharu pada setiap hari, Dah Makan ingin menunjukkan bahawa makanan sihat sangat mudah untuk disediakan terutama sekali bagi penduduk urban ini.

Diinspirasikan oleh kumpulan di Eropah, Australia dan Asia, bekal ini disediakan dengan bahan segar dengan zero MSG atau pengawet dan dimasak dengna penuh kasih sayang!

Laman web: http://dahmakan.com/

 

6. Healthy Ever After

Sedikit berbeza dengan hidangan ala carte yang akan boleh pesan daripada laman web makanan sihat yang lain, Healthy Ever After menawarkan pelan makanan untuk mendapatkan badan idaman anda. Cara yang awesome untuk membersihkan badan anda daripada makanan yang tidak sihat!

Laman web: http://healthyeverafter.my/

 

7. The Naked Lunchbox

Daripada makanan mentah, sayuran, paelo kepada produk bebas tenusu, makan secara sihat mudah dengan The Naked Lunchbox!

Delivery dalam talian ini menawarkan pilihan yang luas untuk dipilih dan mereka hanya menggunakan bahan yang terbaik untuk menyediakan makanan yang juga bebas-gula, rendah sodium dan tanpa sebarang perasa.

Laman web: http://the-naked-lunchbox.myshopify.com/

 

8 . EZ Diet

Mempunyai pelan hidangan yang dirancang oleh pakar nutrisi dan chef profesional. Ez Diet melakukan penghantaran di pelbagai tempat seperti Melaka, Selangor, Ipoh, Penang, Kulim, Sungai Petani dan juga Kuala Lumpur!

Ez Diet ini digemari dalam kalangan selebriti Malaysia, jadi apa kata cuba penghantaran makanan sihat ini.

Laman web: http://www.ezdiet.com.my/

 

9 . Dietliciouss

Servis penghantaran sajian sihat ke rumah dan pejabat ini diusahakan pasangan suami isteri. Penyediaan sajian akan dilakukan pada waktu malam dan bermula pada pukul 6 pagi, barulah setiap pesanan pelanggan akan dimasak.

Mereka juga menawarkan empat pelan pemakan menarik bagi memenuhi keinginan dan keperluan setiap individu.

Laman web: http://dietliciouss.com.my/

https://instagram.com/p/7DAWOjA_9I/

 

‘Anda adalah apa yang anda makan’ (Your are what you eat) perlu dititikberatkan dalam diri anda untuk menikmati kehidupan dengan makanan penuh berkhasiat dan pastikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan terjaga.

SUMBER 1 & 2