TonyMoly, jenama kecantikan Korea yang popular dengan siri Egg Pore kembali lagi dengan rangkaian baharu Naturalth Goat Milk Whitening. Menarik tentang produk ini dibuat daripada susu kambing mentah, bebas daripada bahan pencemar tambahan dan antibiotik, mengurangkan masalah kulit yang menjengkelkan walaupun pada kulit yang sensitif.
Produk yang mempunyai tekstur seperti krim yang ringan dan sutera, malah kesan sejuk setiap aplikasi, dan ianya membantu untuk mengurangkan kemerahan manakala menenangkan kulit.
Selain itu, garis anti-oksida yang penuh membantu sel kulit mati menggelupas secara perlahan, mencerahkan kulit dengan mensasarkan melanin untuk mengurangkan bintik-bintik hitam dan perubahan warna.
1. TonyMoly Naturalth Goat Milk Whitening Toner (RM149.90)
Toner yang berasaskan air ini mampu membuang kotoran, membetulkan tekstur kulit dan menghidratkan kulit.
2. TonyMoly Naturalth Goat Milk Whitening Essence (RM169.90)
Intipati susu pekat mengandungi lebih daripada 100 bahan-bahan utama, termasuk vitamin dan mineral. Formula lembut cepat menembusi ke dalam kulit, menyebabkan wajah lut dengan kemasan segar.
3. TonyMoly Naturalth Goat Milk Whitening Emulsion (RM149.90)
Losyen penghidratan ultra cepat menyerap dan mencerahkan kulit secara serentak.
4. TonyMoly Naturalth Goat Milk Aqua Whitening Cream (RM175.90)
Krim yang mampu mencerahkan dengan serta-merta, menghidratkan kulit.
Bagi anda yang inginkan kulit yang seimbang, memperbaiki kulit kusam, melegakan kemerahan dan mencerahkan kulit, rangkaian Naturalth Goat Milk Whitening adalah yang terbaik untuk anda. Malah, jangkaan kesan prubahan di wajah akan terlihat selepas 4 minggu penggunaan.
Antara produk lain dalam rangkaian ini adalah Naturalth Goat Milk Premium Eye Cream (RM179.90) dan Naturalth Goat Milk Premium Cream (RM199.90).
Untuk info lanjut, anda boleh ke:
- Facebook: Tonymoly Malaysia
- Instagram: @tonymolymalaysia
- Laman web: www.tonymoly.com.my