Pasti semua wanita teruja dengan berita ini. Apa tidaknya, kini semakin banyak jenama kecantikan terkenal dunia boleh didapati di beauty counter kesukaan ramai, Sephora Malaysia.
Ini 4 jenama kecantikan bakal berada di Sephora Malaysia musim luruh ini:
Burberry Beauty – Kosmetik Burberry, yang disediakan dalam pembungkusan mewah pasti akan menambah sentuhan kemewahan di meja solek anda. Antara produk yang mesti anda lihat adalah First Kiss Glossy Lip Balm, Burberry Kisses Lipsticks, Face Contour Contouring Pen dan Fresh Glow Highlighting Luminous Pen.
moonshot – moonshot, adalah satu jenama kecantikan yang dibangunkan oleh YG Entertainment, syarikat produksi muzik yang bertanggungjawab melahirkan penyanyi hebat seperti BigBang, 2NE1, Psy dan banyak lagi. Selain daripada penjagaan kulit yang berkualiti tinggi dan alatan solekan asas, moonshot juga menawarkan produk seperti Cream Paint dan Jelly Pot, sesuai digunakan pada muka, bibir dan mata. Menarik bukan?
June Jacobs – Menggabungkan age-defying science bersama bahan botani dan tumbuhan ekstrak, June Jacobs diformulakan kepada pelbagai jenis produk penjagaan kulit ala-ala spa. Dua produk yang banyak diperkatakan adalah Neroli Hydrating Mist dan Mandarin Moisture Masque, sangat menyegarkan dan mempunyai haruman yang cukup mengasyikkan.
3CE – 3CE adalah jenama kecantikan yang paling didambakan di Korea dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah, ramai orang Malaysia juga familiar dengan jenama ini. Anda boleh pesan produk 3CE di dalam talian dan beberapa kedai fizikal cuma was-was kerana banyak yang palsu. Paling best ialah 3CE sekarang boleh didapati di Sephora. Kita tidak boleh hidup tanpa gincu bibir 3CE gincu yang datang dalam pelbagai warna dan kemasan, keseluruhannya semua produk jenama ini mesti berada dalam koleksi anda.
Untuk info lanjut, anda boleh ke Sephora.