Lazada mengumumkan perkongsian eksklusif dengan ALCATEL FLASH untuk melancarkan model telefon pintar perdana terbaru mereka, ALCATEL Flash Plus. Dibina untuk penggemar selfie dan mobile warriors, ALCATEL Flash Plus adalah tambahan terbaru kepada senarai produk eksklusif yang ditawarkan oleh Lazada.
ALCATEL Flash Plus adalah telefon pintar yang sempurna yang menghapuskan keperluan untuk kamera yang berasingan atau telefon dengan kamera dan ciri-ciri dwi SIM, dan mempunyai kuasa bateri tahan lama.
Kamera Depan dan Belakang
Kamera depan 8 MP datang dengan pengenalan suara, pengguna hanya perlu sebutkan ‘cheese’ untuk mengambil selfie yang sempurna. Kamera depan juga mempunyai keupayaan facial-enhancement dan sudut luas 84-darjah untuk menangkap lebih dari latar belakang anda. Kamera belakang pula adalah 13 MP yang disokong dengan aperture F2.2, menjadikan low-light capture.
Kuasa Bateri
ALCATEL Flash Plus mempunyai salah satu bateri terbesar dalam pasaran, iaitu 3500mAg. Hanya sekali cas yang diperlukan telefon pintar ini untuk mampu bertahan sepanjang hari.
Paparan
Dengan paparan Superior 5.5″ IPS HD IPS, peranti ini menawarkan pengalaman melihat yang lebar yang sesuai untuk membaca, permainan, menonton video atau hanya melayari web. Di samping itu, One Solution Glass (OGS) full lamination menyediakan keistimewaan visual kepada mata dengan kualiti gambar yang hidup seperti nyata.
Pemprosesan
64Bit 8 Octa-core 1.5 GHz processor menjadikan multitasking sesuatu yang mudah, manakala penambahan grafik berkuasa Mali-T760 MP2 GPU membolehkan pengalaman audio dan multimedia yang hebat apabila menonton filem HD dan bermain permainan.
Harga dan Ketersediaan
Pengguna yang membuat tempahan awal akan dapat membeli ALCATEL Flash Plus pada harga istimewa iaitu RM499 bermula dari 25 Ogos – 7 september. Selepas itu, peranti ini akan tersedia untuk tempoh yang terhad pada RM549, hanya di http://www.lazada.com.my/alcatel-onetouch-flash-plus/.
Untuk maklumat lanjut mengenai ALCATEL Flash Plus, sila layari www.alcatelflash.com/my.