Sejak dahulu lagi, wanita Jepun menghargai kulit yang cantik. Kulit yang mulus adalah aspek penting untuk kesempurnaan wajah, bagi mendapatkan kulit yang lembut dan kesan yang berseri – seperti salji.
Tahun ini, SEKKISEI menyambut ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini dan untuk meraikan sambutan ini, kami memperkenalkan Kit Ulang Tahun KE-30 Edisi Terhad SEKKISEI.
Untuk meraikan tiga dekad kesempurnaan, KOSÉ Malaysia memperkenalkan Kit Ulang Tahun KE-30 Edisi Terhad SEKKISEI sempena ulang tahun SEKKISEI, yang terdiri daripada SEKKISEI Lotion (360ml) dan SEKKISEI Body Soap (360ml) yang eksklusif, hanya boleh didapati bersama-sama dengan kit tersebut.
Tidak dapat dinafikan bahawa SEKKISEI Lotion adalah produk yang terlaris daripada jenama ini. Losen yang menyegarkan ini, ringan tetapi sangat berkhasiat, yang mengimbangi tahap kelembapan kulit, mencegah kekusaman akibat kekeringan, permukaan kasar dan melegakan kemerahan yang disebabkan oleh selaran matahari. Losen putih keruh ini meresap serta-merta ke dalam kulit, seperti salji mencair, meninggalkan permukaan yang licin bak sutera dengan permukaan yang terhidrat.
Cara penggunaan: Selepas pembersihan, tuangkan SEKKISEI Lotion pada kapas dan tepuk dengan lembut pada muka. Tekstur berair dengan serta-merta menyejukkan dan menyegarkan kulit.
Tip Kecantikan Ringkas SEKKISEI: Untuk penghidratan segera dan memperoleh kulit berseri dan cantik, letakkan mask mampat ke dalam penutup, tuangkan SEKKISEI Lotion sehingga mask menjadi kembang dan basah. Letakkan mask menutupi muka sepenuhnya selama 5 hingga 10 minit. Tanggalkan topeng dan kulit akan kelihatan terhidrat serta-merta!
SEKKISEI Body Soap mempunyai esen herba Oriental yang sama, iaitu Biji Jali, Angelica dan Melothria, sama seperti SEKKISEI Lotion. Ini adalah kali pertama SEKKISEI memperkenalkan sabun badan selepas 30 tahun membangunkan penjagaan kulit termaju – sabun badan ini adalah ciri istimewa yang disertakan bersama-sama secara eksklusif dengan Kit Ulang Tahun KE-30 Edisi Terhad SEKKISEI.
Cara penggunaan: Sapukan terus pada kulit lembap atau buihkannya dengan tuala/span badan. Urut pada kulit dan mandi seperti biasa. Bilas sepenuhnya.
Kit Ulang Tahun Ke-30 SEKKISEI (Edisi Terhad) berharga RM249, dan boleh didapati di kaunter KOSÉ mulai 1 September 2015.