UNIQLO membawa budaya Jepun ke Malaysia dengan memperkenalkan pakaian tradisionalnya, Yukata.
Material Yukata yang diperbuat daripada cotton kimono dicipta semula dengan sedikit sentuhan moden bersama tona warna dan corak yang melambangkan Jepun. Pemakai pasti akan rasai keselesaan ketika memakai pakaian ini kerana ia diperbuat daripada 100% cotton.
Kedua-dua Yukata oleh UNIQLO ini memaparkan gaya rekaan yang retro dan moden. Rekaan ini diinspirasikan oleh artist Yumeji Takehisa dan Junichi Nakahara.
Hasil seni oleh Yumeji Takehisa menggabungkan gaya barat dan klasik tradisi Jepun untuk memberi gambaran tentang kelembutan wanita di Jepun.
Koleksi ini membawa masuk rekaan bunga, polka dot, chameleon plant flowers dan lain-lain.
Daripada hasil seni Junichi Nakahara, seorang pereka fesyen dan ilustrasi, rekaannya termasuk gaya Jepun yang retro termasuk plum blossom dan dahlia, termasuk rekaan yang ringkas dengan warna-warni dalam gaya moden.
Yukata juga turut direka untuk digayakan oleh adik kecil molek:
Ramai ingin menggayakan Yukata ini, tetapi kurang mahir dengan cara pemakaiannya? Jangan risau kerana UNIQLO juga menyediakan tutorial di laman web (http://www.uniqlo.com/yukata/my/) bukan sahaja secara infografik tetapi didatangi juga dengan video mengenai cara-caranya.
Koleksi Yukata boleh didapati secara eksklusif di UNIQLO Fahrenheit88, Mid Valley Megamall dan 1 Utama.
Selanjutnya, layari laman web UNIQLO Yukata untuk melihat koleksi penuh ini!