Kembali selepas melancarkan koleksi kasut pointed-toe pada sesi yang lepas, kasut flat Brigitte akan diperbaharui mengikut kesesuaian musim luruh denen elemen versatiliti, keselesaan dan tidak akan hilang ditelan zaman.
Selepas debut koleksi ini pada musim bunga/panas 2015, rekaan Brigitte telah mencuri hati para wanita yang bergaya di mana sahaja mereka berada. Pada musim luruh ini, koleksi kasut flat pointed-toe ballerina yang disukai ramai ini akan dinamakan sempena nama siren skrin Perancis, Brigitte Bardot yang sesuai untuk semua tidak kira umur, gaya mahupun majlis.
Rekaan yang menyerlah dengan corak brush strok berdakwat hitam memberikan corak marmar daripada jauh, warna dark navy yang sophisticated akan memenuhi kehendak gaya anda daripada siang hingga ke malam hari.
Brigitte akan berada di Repetto Pavilion KL dengan harga pasaran dari RM 1,190.