Kurator dalaman home-grown, Tish bekerjasama dengan destinasi fesyen dalam talian, Cuevolution untuk mewujudkan lilin wangian edisi terhad yang diilhamkan dari bunga segar.
Tish dan Cuevolution merupakan kerjasama unik dua jenama tertumpu kepada tukangan dan kualiti. Bersama-sama, mereka telah mencipta lilin organik wangian ‘Lychee Peony’ edisi terhad, gabungan fruity-floral bunga Peony yang subur, digabungkan dengan buah laici eksotik Malaysia.
Lilin organik ini adalah wangian timur-bertemu-barat yang menampilkan campuran yang disempurnakan dari kesegaran halus laici dengan kelembutan halus Peony. Aroma unik ini dicampurkan untuk memastikan bahawa kedua-dua nota dominan ini bercampur bersama secara sempurna.
Lilin Tish dibuat di Malaysia dan dicipta menggunakan wax sayuran asli berkualiti tinggi dan sumbu kapas lead-free. Bebas daripada wax paraffin berasaskan petroleum dan lemak haiwan, lilin organik ini mempunyai ciri-ciri pembakaran bersih dan tidak mengeluarkan jelaga, menjadikannya suatu produk yang mampan dan mesra alam. Jenama ini komited untuk menggunakan hanya bahan mentah berkualiti tinggi, yang diluluskan industri.
Reka bentuk kotak lilin organik ini pula telah handpainted secara digital oleh Ai Lim, Pengasas Cuevolution yang juga seorang artis atas minat dan dihasilkan menggunakan 100% kertas kitar semula.
Lilin organik wangian ‘Lychee Peony’ dari Tish x Cuevolution ini berharga RM59.90 dan akan disediakan secara eksklusif pada www.tish.my dan www.cuevolution.com bermula hari ini dan seterusnya.
Ciri-Ciri Lilin Organik Wangian ‘Lychee Peony’ Tish x Cuevolution
- Direka bersama oleh Tish dan Cuevolution
- Dibuat di Malaysia dari wax sayuran sawit asli yang mesra alam
- Dicurahkan ke dalam gelas pristine 250ml
- Sumbu kapas semulajadi, lead-free
- Boleh dibakar selama kira-kira 30 jam
- Dibungkus khas dalam kotak hadiah dengan kad dan nota terima kasih yang direka oleh Cuevolution yang diperbuat daripada 100% kertas kitar semula
- Wangian ‘Lychee Peony’
- Spesifikasi: 7.5cm (lebar) x 7.5cm (lebar) x 8cm (tinggi)
Jangan lupa untuk dapatkan lilin organik ini, sekarang!