Sebelum ini fenomena abang sado, kini, seorang gadis pekerja sebuah restoran makanan segera McDonald’s di Kaohsiung telah berjaya menarik kehadiran ramai pelanggan ke restoran tempat dia bekerja itu kerana wajahnya seakan-akan anak patung.
Hsu Wei-han yang lebih dikenali sebagai Weiwei atau Haitun kelihatan sangat comel dengan pakaiannya berkemeja merah jambu serta berkasut tumit tinggi.
Cawangan McDonald’s tempat dia bekerja itu kini menjadi terkenal dan orang ramai berpus-pusu ke restoran berkenaan.
“Wanita tersebut kelihatan seperti patung porselin yang cantik, namun dia seakan tidak asli,” komen seorang pengguna internet.