Korean Food Fair Festival 2015 kembali ke Malaysia! Bila? Hujung minggu ini bermula 13 sehingga 16 Ogos 2015 di dua lokasi berbeza.
Pada 13 Ogos 2015 dibuat di One World Hotel, ini istimewa untuk K-Food Business-to-Business (B2B) Halal Convention, manakala pada 14 sehingga 16 Ogos untuk bahagian Business-to-Consumer (B2C) yang akan diadakan di Mid Valley Convention Centre, di sini anda boleh dapatkan pelbagai makanan Korea yang mampu menarik pembeli tempatan dan pengguna.
K-Food Fair 2015 ini dianjurkan oleh Korean Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs (‘MAFRA’) diselia oleh aT (Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp.) Bertemakan “Touch Food, Sweeten Your Life”, pameran ini adalah sebahagian daripada program pemasaran global ke arah meningkatkan kesedaran tenting kepelbagaian makanan Korean untuk pasaran Halal secara global, dan juga menyokong konsep Korea daripada pertukaran budaya melalui pengalaman makanan yang pelbagai.
Sementara itu, antara 14 – 16 Ogos yang bertempat di Mid Valley Convention Centre, disasarkan kepada pembabitan pengguna dengan penyertaan dari lebih sepuluh syarikat makanan Korea seperti CJ CheilJedang, Daewon Co, Jinju Horticultural Export Agricultural Complex, Punggi Premium Goods Agricultural Cooperative, Mommake dan banyak lagi.
Syarikat-syarikat makanan Korea ini akan mengadakan sesi persampelan makanan yang dikaitkan dengan empat musim – Spring, Summer, Autumn dan Winter.
Bukan itu sahaja, gerai makanan laut Korea juga boleh didapati, di mana peminat makanan laut boleh datang melihat sendiri. Hanya memilih bahan-bahan makanan laut segar halal yang boleh didapati di sini, juga disertakan dengan rempah dan herba yang diimport dari Korea. Malah, pengunjung dapat belajar secara langsung daripada chef dan wakil dalam menyediakan hidangan makanan laut yang dikenali di Korea seperti Jogaetang (Clam soup), Koatgaetang (Spicy blue crab stew), Miyeokguk (seaweed soup), Maeuntang (Spicy fish Stew) dan banyak lagi.
Yang paling penting, pengunjung boleh mengetahui maklumat lanjut berkaitan proses pensijilan Halal di setiap gerai/booth yang tersedia di festival tersebut.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Korean Food Fair 2015, sila layari K-Food Fair 2015.