Bayi kanak-kanak 11 tahun meninggal dunia

JEMPOL – Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada Rabu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah pada pukul 4.40 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias berkata, bayi tersebut meninggal dunia akibat inflamasi usus.

“Jenazah bayi berusia lapan hari itu dibawa pulang oleh keluarganya dan dikebumikan lebih kurang pukul 10 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bahau, Jalan Bahau-Pekan Jelai.

“Buat masa ini kita masih meneruskan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Tambahnya, pihak polis masih mengesan suspek kes tersebut dan berharap orang awam yang mempunyai maklumat suspek diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

HAMZAH ALIAS (tengah) menunjukan gambar suspek yang dikehendaki berhubung kes kanak-kanak berusia 11 tahun melahirkan bayi semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan, semalam. UTUSAN/SAJIDA ASARULAH KHAN
HAMZAH ALIAS (tengah) menunjukan gambar suspek yang dikehendaki berhubung kes kanak-kanak berusia 11 tahun melahirkan bayi semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan, semalam. UTUSAN/SAJIDA ASARULAH KHAN

Jelas beliau, suspek dikenali sebagai Ahmad Affifudin Ismail, 30, dan bekerja sebagai seorang buruh yang mana alamat terakhir yang diperoleh pihaknya adalah Kampung Batu Bakar dekat Bahau.

“Berdasarkan hasil semakan, kita dapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan terlibat dalam kes mencederakan orang menggunakan senjata pada Julai lalu,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat ke mana mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah Jempol di talian 06-4582222.

Sementara itu usaha wartawan untuk menemubual keluarga mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan ditemui media.

Sumber: UTUSAN

BACA:  Bahaya Beri Kanak-Kanak Mainan Itik Getah Kuning Yang Comel Ini

Related Posts