Emma Watson inginkan industri fesyen mempraktikkan kesaksamaan jantina di dalam kawasan industri tersebut.
Selain menjadi muka depan bagi isu September Vogue, mereka membuat rakaman video untuk saluran Vogue bagi mengutarakan tentang kesaksamaan jantina dalam industri tersebut.
“Saya mempunyai harapan yang sangat tinggi bagi perkara ini, lagi-lagi dalam industri fesyen,” kata Watson.
“Isu ini menjadi bertambah baik, kerana saya dapat melihat langkah-langkah positif terhadap kesaksamaan dalam industri ini. Terdapat juga rasis dan sexism. Tetapi saya ingin melihat pelbagai lambang yang membuatkan mereka (wanita dan lelaki) rasa berkuasa.”
Berkolaborasi dengan kempen HeForShe, video Vogue memaparkan pereka seperti Stella McCartney, Erdem Moralioglu dan Jonathan Saunders bersama Watson.
Pereka fesyen tersebut melakukan perbincangan serta bertukar pendapat mereka tentang bagaimana kesaksamaan jantina boleh dicapai, masalah yang terdapat dalam perkara tersebut seperti pendapatan dan cuti bagi ibu bapa (parental leave), meningkatkan kesedaran dan berbincang tentang saiz dan skala suara industri ini untuk menyebarkan isu ini kepada khalayak ramai.
Watson juga menceritakan pengalaman peribadinya ketika putus cinta dengan teman lelakinya, Matthew Janney. Menurut Entertainment Tonight, Watson mendedahkan bahawa dia begitu sedih dengan hubungan beliau dengan pemain rugbi itu, dan pada satu tahap, Watson hanya mampu berdiam diri selama seminggu.
Saksikan pautan video daripada Vogue ini:
[SUMBER]