Bagi meraikan Syawal, peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka Guardian Malaysia mengadakan sambutan eksklusif Aidilfitri untuk 100 kanak-kanak dari 3 buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Kelang. Petang yang penuh kegembiraan, keraian dan makanan menyaksikan kanak-kanak tersenyum kegembiraan, manakala pelbagai aktiviti di dalam program hari ini membawa mereka mengimbau semula tradisi lama perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha, dan Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah menikmati pelbagai jenis makanan seperti sayur lodeh, rending, serunding, lemang, ketupat dan pencuci mulut tradisional seperti dodol dan wajik.
Petang itu diteruskan lagi dengan pelbagai hiburan dan telatah dari selebriti-selebriti termasuklah penyanyi dan pelakon Sean Ghazi, pengacara Nazrudin Rahman, pelakon dan penyanyi Aiman Hakim Ridza, bekas penyampai radio JD dan Dilly, serta bekas pengacara TV rancangan 3R – penulis skrip terkemuka Rafidah Abdullah dan Pengarang iM4u FM Kartini Kamalul Ariffin.
Guardian Malaysia juga turut menyerahkan setiap rumah dengan baucar dari Guardian bernilai RM10,000, yang membolehkan mereka menebus barang-barang keperluan seperti alat penjagaan diri, produk kelengkapan diri dan kebersihan, barangan farmaseutikal serta perubatan untuk kanak-kanak.
Sebagai sebahagian aktiviti dari program ini, kanak-kanak turut disajikan dengan mempelajari seni tradisional menganyam ketupat. Mereka juga turut menerima karikatur mereka yang dilukis oleh artis, mengambil wefie di dinding foto, serta menebus tiket wayang percuma yang ditaja oleh MCT Berhad.
Di ruang legar dewan besar di mana majlis ini diadakan, tetamu juga turut dijemput menulis ucapan Raya buat kanak-kanak tersebut. Banyak mesej-mesej motivasi ditulis bertujuan memberi inspirasi buat mereka. Aidilfitri Bersama Guardian adalah sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat dalam usaha berpanjangan Guardian Malaysia memberi semula kepada komuniti di mana perniagaan ini di jalankan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.guardian.com.my.