ZÉLL-V Wellness, Pusat Rejuvenasi dan Revitalisi yang tunggal di Asia, telah dibuka secara rasmi dan menjadi tanda mercu yang terbaru di Kuala Lumpur.
ZÉLL-V Wellness yang terletak di Taman Seputeh di antara Mid Valley dan KL Sentral, merupakan satu lagi pencapaian bagi Ruyi Holdings, syarikat terkemuka di dalam sektor penjagaan kesihatan, selaras dengan misinya untuk membantu pelanggan-pelanggannya mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang unggul dari segi fizikal dan mental.
Slogan “Mencipta Kesihatan Yang Lebih Unggul”, ZÉLL-V Wellness bertujuan untuk mewujudkan budaya kesihatan di masyarakat.
Pengasas dan pengarah urusan Ruyi Holdings Dato ‘Sharon Foong yang berucap pada majlis tersebut berkata: “ZÉLL-V telah menceburi bidang penjagaan kesihatan sebanyak 15 tahun dan berhasrat setiap orang dapat menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia. Kami berusaha untuk mencapai matlamat ini melalui penggunaan terapi sel yang berteknologi tinggi bagi membantu anda menentang penuaan dan mendapat semula badan yang cergas dan muda, maka meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup anda. Janji kami adalah untuk mencipta keajaiban ‘Sentiasa 25’ – kesihatan, kecergasan dan kecantikan yang unggul, supaya anda boleh menikmati kehidupan yang bermakna dan berkualiti.”
Bangunan ZÉLL-V Wellness mempunyai 15 tingkat. Perkhidmatan-perkhidmatan komprehensif yang disediakan di ZÉLL-V Wellness termasuk program kesihatan, pemeriksaan darah dan pemeriksaan kesihatan, terapi sel dan rawatan payudara.
Kemudahan-kemudan yang disediakan termasuk gimnasium, spa, klinik estetik, salon kuku, restoran masakan sihat dan bar atas bumbung. Reka bentuk bangunan ZÉLL-V Wellness amat mewah, elegan dan mempunyai unsur-unsur alam semula jadi demi mewujudkan persekitaran yang tenang dan kondusif sebaik sahaja pelanggan melangkah ke dalam premisnya.
Kami percaya bahawa penubuhan ZÉLL-V Wellness akan meningkatkan industri penjagaan kesihatan di negara kita dan menggalakkan orang ramai untuk menghargai kesihatan mereka serta mengambil langkah untuk mencapai kesihatan, kecergasan dan kecantikan yang lebih baik serta kehidupan yang berkualiti.
Untuk maklumat lanjut mengenai ZÉLL-V dan Ruyi Holdings Sdn Bhd, sila layari www.zell-v.com.my atau hubungi 03-2273 6699.