Budaya Jepun telah tersebar ke seluruh dunia dengan makanan, anime, permainan video, dan banyak lagi. Dan kini, timbul pula fesyen “Japanese Lolita” yang telah diadunkan dengan gaya seorang Muslimah. Dikenali sebagai fesyen “Muslim Lolita”, trend ini merupakan permulaan ke arah imej Cosplay yang disuai padankan dengan imej sopan.
Fesyen Lolita merupakan cabang kebudayaan fesyen berasal dari Jepun yang didasarkan pada pakaian era Victorian. Gaya Lolita bermula sebagai salah satu gaya sopan dengan tumpuan pada kedua-dua kualiti bahan dan pembuatan pakaian. Fesyen Lolita mengetengahkan skirt paras lutut atau dress dengan bentuk cupcake dibantu oleh petticoats, dan berkembang dengan memperlihatkan pelbagai jenis pakaian termasuk korset dan skirt panjang menyerikan gaya Lolita. Blaus, sarung kaki paras lutut atau stokin dan perhiasan kepala juga menarik untuk dipadankan bersama.
Penting untuk anda semua tahu bahawa gambar wanita Islam mempamerkan fesyen Lolita seperti di bawah adalah dari wanita Islam di England dan juga California.
Fesyen “Muslim Lolita” ini turut mendapat perhatian pengguna-pengguna Twitter Jepun.
Bukan itu sahaja, fesyen “Japanese Lolita” juga telah merebak ke New York!