Info Menarik, Makanan, Pilihan

‘Dinner In The Sky’, Nikmati Makan Malam di Udara Kini di KL

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
‘Dinner In The Sky’, Nikmati Makan Malam di Udara Kini di KL

Pernah dengar konsep makan di udara? Akan berada di Kuala Lumpur, ‘Dinner In The Sky’ adalah sesuatu yang unik dan sesiapa sahaja boleh mencubanya jika ingin merasakan suasana berbeza pada waktu makan malam mereka. 

IKLAN

Bayangkan anda dapat menjamu selera di atas platform yang tergantung di udara pada waktu malam sambil melihat pemandagan indah Petronas Twin Towers dan Menara Kuala Lumpur.

Dinner-in-the-Sky-Malaysia-200

Konsep ‘Dinner in the Sky’ ini berasal dari Belgium dan sudah disahkan selamat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

Kuala Lumpur bakal menjadi destinasi pertama di Asia Tenggara yang menjadi persinggahan Dinner in the Sky, selepas kejayaan di beberapa buah kota metropolitan seperti Las Vegas (Amerika Syarikat), Dubai (UAE), Rom (Itali) dan Cape Town (Afrika Selatan).

kl3

Dinner in the Sky Malaysia akan bermula 1 Ogos ini dan berakhir pada 31 Ogos. Walaubagaimanapun, tiket adalah terhad dan harga yang ditawarkan berharga RM599. Lima hidangan makan malam akan dihidangkan dalam dua sesi pada satu malam, iaitu pada pukul 6 petang dan 8 malam. 

Sumber : 12

IKLAN