Lazada, peneraju destinasi membeli belah dan menjual dalam talian Asia Tenggara akan melangsungkan kempen Jualan Murah Effortless Shopping di Malaysia dari 27 Julai sehingga 31 Julai.
Kempen bersepadu ini menggariskan faedah pembelian tanpa lelah dalam talian kepada pengguna di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Sebagai perintis e-dagang di rantau ini, Lazada menyediakan pengguna dengan pengalaman membeli belah tanpa lelah dengan laman web mesra pengguna dan aplikasi mudah alih yang mudah diakses bila-bila masa dan dimana sahaja.
Pendapat Pelanggan Lazada Malaysia
Sebagai syarikat yang berfokuskan kepada pelanggan, Lazada sentiasa mengkaji tahap kepuasan pelanggan. Dalam Q1 2015, syarikat ini telah mendapatkan 17, 039 responden dalam Malaysia untuk mengetahui lebih mengenai pengalaman membeli belah dalam talian mereka.
Produk – 73% gembira dengan rangkaian produk yang ditawarkan Lazada, manakala 70% responden berpuas hati dengan kualiti produk yang ditawarkan.
Laman web – 74% mendapati bahawa laman web Lazada senang untuk digunakan.
Penghantaran – 73% mendapati bahawa komunikasi mengenai penghantaran amat jelas.
Khidmat Pelanggan – 73% amat gembira dengan bantuan yang diberikan oleh pasukan Khidmat Pelanggan.
Walaupun kaji selidik ini menunjukkan bahawa majoriti respondon berpuas hati, namun satu kajan Google Shopper yang diterbitkan pada Jun 2014 mendedahkan bahawa antara penghalang terbesar membeli belah dalam talian di Malaysia adalah kualiti produk dan keselamatan. Kajian itu menunjukkan bahawa 38% pembeli luar talian tidak yakin dengan kualiti produk yang akan diterima, sementara 48% lagi bimbang tentang keselamatan maklumat kewangan mereka apabila berurus niaga dalam talian.
Kempen Bersepadu Effortless Shopping
Kempen bersepadu Effortless Shopping Lazada mengintegrasikan iklan televisyen, laman web dan medium pengaktifan pengguna seperti buletin semasa pengguna dan saluran media social.
Kempen ini didahului dengan dua iklan TV yang menggariskan bahawa membeli belah di Lazada adalah selamat, senang dan dipercayai dan bahawa aplikasi (app) mudah alih Android dan iOS membolehkan pengguna untuk membeli apa-apa, bila-bila masa, dimana sahaja.
Kemudahan mengakses melalui mudah alih dan computer — kempen Effortless Shopping menggariskan perbezaan utama Lazada seperti rangkain produk yang luas, pengalam aplikasi mudah alih ter baik, Perlindungan Pembeli dan juga kaedah pembayaran yang selamat termasuk bayaran tunai ketika penghantaran.
Lazada juga memberi tip pembelian dalam talian untuk topik seperti pembelian yang selamat, simpanan bijak dan nasihat kategori yang khusus untuk ibu bapa, peminat tegar teknologi dan pencinta fesyen. Tip dari pakar Lazada direka untuk membantu pengguna untuk menjadi pembeli dalam talian yang lebih berpengetahuan dan yakin.