Taylor Swift, penyanyi lagu ‘Bad Blood’ itu mula menceburi bisnes dalam bidang fesyen. Tetapi ada helahnya, koleksi itu hanya akan dijual di China sahaja!
Menurut Bloomberg News, penyanyi tersebut akan bekerjasama dengan laman web online e-commerce kedua terbesar di China, iaitu JD.com.
Koleksi tersebut akan merangkumi dress, sweatshirts dan beberapa pakaian yang lain. Clothing line ini akan dilancarkan pada 8 Ogos di laman web berkenaan, sebulan lewat selepas konsert jelajah Swift di Shanghai pada bulan November ini.
Berlumba-lumba untuk menjadi syarikat e-commerce no.1 di China seperti Alibaba Group Holding Ltd. Strategi JD adalah untuk membawa masuk ‘merchandise’ daripada Amerika Syarikat yang dikenali oleh masyarakat di China.
Bukan calang-calang artis, baru-baru ini Swift menghantar surat terbuka kepada Apple, meminta agar royalti untuk artis tidak disekat sepanjang tempoh tiga bulan percubaan langganan Apple Music.
Susulan daripada isu itu, syarikat berkenaan terus mengambil tindakan yang sewajarnya.
EKSTRA: Peminat Taylor Swift sila klik disini untuk video promosi berkenaan.