Tikus menjadi pemain golf dan tenis handalan? Tidak lain tidak bukan, tikus itu merupakan salah satu kartun rekaan Disney, Mickey Mouse.
UNIQLO mengumumkan mereka akan melancarkan koleksi T-shirts “Mickey Plays”. Duta UNIQLO Global Brand bagi koleksi kali ini adalah Shingo Kunieda, Kei Nishikori, Novak Djokovic dan Adam Scott.
Konsep ini berperanan untuk memberikan inspirasi untuk mencapai impian kepada orang ramai, dengan itu, Mickey Mouse memainkan watak sebagai pemain golf dan tenis handalan.
Sebanyak 12 warna dan reka bentuk bagi “Mickey Plays”. Lapan helai direka khas untuk para jejaka manakala empat lagi rekaan bagi kanak-kanak.
Koleksi ini bermula dengan Novak Djokovic yang akan berada di butik UNIQLO bermula dari bulan ini dan seterusnya. T-Shirts ini boleh didapati dari saiz S to XL bagi lelaki dan 100cm hingga 150cm bagi kanak-kanak
Terdapat aksi-aksi handal Mickey Mouse bermain tenis, dilengkapi dengan lompatan untuk membola bola tenis sama seperti pemain handalan. T-shirts “Mickey Plays” bagi kanak-kanak hanya terdapat di butik UNIQLO yang mempunyai seksyen mereka.
Sila klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang duta UNIQLO Global Brand yang mempromosikan T-shirts “Mickey Plays”.