Fesyen, Review - Fesyen

Koleksi Fall Winter 2015 Repetto: Saut Bucket Bag

Avatar
/
Pecinta makanan, simple dan lakukan sesuatu perkara dengan 100%
Koleksi Fall Winter 2015 Repetto: Saut Bucket Bag

5 dalam 1, Saut Bucket Bag ‘wajib’ dimiliki oleh fashionista yang inginkan kepelbagaian dalam menggayakan beg tersebut di mana sahaja.

IKLAN

Pada musim ini, Repetto melancarkan ‘Saut’ dengan memberikan sentuhan inovatif ke dalam koleksi beg kulit itu. Diperbuat daripada kulit anak lembu dan sutera, beg pelbagai fungsi ini mampu digayakan dengan lima stail yang berbeza – Shoulder, Crossbody, Hobo, Backpack dan Steamer.

Beg tersebut dilengkapi dengan reben klasik Maison’s yang bersesuaian dan sentuhan mewah mawar emas di dalam reben, snap hooks dan logo.

 

M0315-VS-338-P4

Bagai isi dengan kuku, koleksi Saut saling lengkap melengkapi koleksi anda dan merupakan pelaburan terbaik pada musim ini!

Koleksi ini terdapat dalam pelbagai warna iaitu Noir (Hitam) dan Star (Kuning).

M0315-VS-410-P2

Bermula 1 Ogos, Saut boleh didapati di butik Repetto Pavilion KL  dengan harga bernilai RM 2,590.

IKLAN