Fesyen

Katy Perry untuk H&M Holiday 2015

Avatar
/
Pecinta makanan, simple dan lakukan sesuatu perkara dengan 100%
Katy Perry untuk H&M Holiday 2015

Katy Perry, ikon ‘pop’ terkenal antarabangsa, bakal membintangi kempen H&M Holiday 2015 pada bulan November ini. Penyanyi ‘Roar’ tersebut akan tampil di iklan televisyen serta media cetak menonjolkan stail H&M yang ceria serta bersesuaian dengan musim perayaan pada tahun ini.

“H&M merupakan salah satu tempat saya mula bereksperimen dan memupuk stail peribadi. Musim ini merupakan peluang untuk saya memakai pakaian yang selesa serta ‘cute’.

Selain itu, H&M mampu merealisasikan impian tersebut yang menepati bajet anda. Saya tidak sabar untuk menonjolkan koleksi kolaborasi bersama Jonas Åkerlund dan Dan Jackson,” kata Katy Perry.

“Kami teruja dengan penampilan Katy Perry dalam kempen ‘holiday season’ kali ini. Beliau merupakan penyanyi yang berbakat dan bertenaga ditambah dengan personalitinya yang ‘playful’ membuatkan kami suka segala-galanya tentangnya,” kata Ketua Pereka H&M, Pernilla Wohlfahrt.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *