Tahniah buat adik Paris Hilton, Nicky Hilton dan suaminya James Rothschild yang melangsungkan perkahwinannya di Kensington Palace pada 10 Julai. Sudah tentu, bila bicara tentang perkahwinan, tumpuan kita pada gaun pengantin.
Di hari bahagia, Nicky, 31, kelihatan anggun dalam gaun Valentino putih yang elegan dengan lapisan renda. Dengan high neck, long sleeves, gaun kembang yang panjang meleret bersama veil dengan sulaman hiasan menjadikan persalinan Nicky klasik dan anggun sekali.
Anda ingin jadikan gaun Nicky ini sebagai inspirasi di hari bahagia nanti?