Jovian Ready-To-Wear (RTW) akhirnya mengeluarkan koleksi yang dinanti-nantikan setiap tahun, J Luxe, yang dinamakan J Luxe Raya 2015 di J Store Shah Alam, J Store Bangsar dan J Store Kota Kinabalu.
Edisi J Luxe by Jovian pada Raya kali ini berpaksikan keanggunan dan kemewahan seseorang wanita. Wanita yang mengayakan J Luxe adalah wanita yang ekslusif dan bergaya.
Warna menarik yang digunakan dalam edisi J Luxe kali ini menunjukkan keceriaan Jovianista yang sentiasa memberi keceriaan dalam pemakaiannya. Warna seperti biru gelap, kuning, merah jambu dan hijau merupakan warna-warna ceria yang mampu memberi daya tarikan kepada wanita daripada setiap peringkat umur dengan sentuhan kontemporari yang sesuai digayakan pada musim Raya ini.
Jovian Mandagie, Ketua Pegawai Eksekutif/Pereka Fesyen berkata, “Saya amat teruja untuk edisi Raya ini kerana kami tidak akan melepaskan peluang untuk mereka koleksi ini pada setiap tahun dan akan sentiasa mempunyai konsep yang berlainan sambil mengekalkan gaya J Luxe yang tersendiri.”
Koleksi menarik ini memaparkan 45 rekaan berlainan yang terdiri daripada pakaian Muslimah dan Baju Kurung Moden yang mampu menonjolkan sisi bergaya dalam diri pemakai.
“J Luxe mempunyai keistimewaannya tersendiri yang tidak dapat ditandingi oleh koleksi-koleksi yang lain dan ini membuatkannya lebih ekslusif untuk dimiliki,” kata Jovian Mandagie, Ketua Pegawai Eksekutif/Pereka Fesyen.
Penggunaan kain chiffon dan krep memainkan peranan yang besar dalam koleksi ini. Fabrik yang ekslusif tersebut menjadi tarikan ramai untuk memiliki koleksi ini.
Dengan koleksi ini, jenama gah dari Jovian Mandagie akan lebih bersemangat untuk mengembangkan lagi jenamanya dalam pasaran Ready-To-Wear dan bersedia untuk memenuhi kehendak pasaran dengan mengutamakan keselesaan sebagai faktor utama.
Anda boleh dapatkan koleksi J Luxe Raya 2015 ini di semua Butik J Store seperti di bawah:
- Bangsar, Kuala Lumpur – No 112, Jalan Maarof, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur | +603- 20930112
- Shah Alam, Selangor – No 39, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor | +603-55243686
- Robinsons, Gardens Kuala Lumpur – LOT 3, G-211, The Gardens, Mid Valley City | +603- 20891188
- KLIA 1, Sepang – LOT DOM 2, Contact Pier Domestic KL International Airport | +6019- 6163001 / +6012-9676868
- Kota Kinabalu, Sabah – No 456, Miles 2.5, Jalan Tuaran Likas, 88000 Kota Kinabalu, Sabah | +6088-264588 / +6013-8613900