Bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, 11street (www.11street.my), salah satu daripada pasaran dalam talian yang terbesar di Malaysia mengumumkan kempen Hari Raya dengan pelancaran festival membeli-belah untuk semua kaki shopping.
Kempen Hari Raya yang bermula pada 1 Jun 2015 bertujuan untuk memberikan diskaun lebih daripada RM5 juta diskaun kepada lebih 130,000 barangan produk di bawah kategori terpilih seperti Fashion, Home & Living dan Electronics.
Kupon diskaun Raya boleh didapati di 11street dari 20% -50% dan rebat sehingga RM200 dikenakan kepada semua barangan yang dijual di bawah kategori yang dipilih, Fashion and Electronic bermula dari 1 Jun 2015, manakala promosi Home & Living hanya akan bermula 5 Julai 2015.
Pengguna boleh ke Hari Raya Promotion Page untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran hebat pada 11street.
Bukan itu sahaja, sempena Ramadhan, 11street akan menawarkan baucar makanan bernilai dari restorasan makanan popular seperti GTower Hotel, Checkers Café di Dorsett Regency KL, Papa John’s Pizza dan pelbagai lagi, di mana pengguna boleh menikmati pengalaman makan yang lazat dan mudah untuk Buka Puasa. E-baucar boleh didapati di bawah seksyen ‘Shocking Deals’ dengan jaminan harga terendah bermula dari 15 Jun 2015 sehingga 17 Julai 2015.