Terbaharu, penyanyi yang penuh dengan kontroversi, Miley Cyrus sedang mempromosi kempen terbaharunya bagi menunjukkan sokongan terhadap peminat yang termasuk dalam golongan transgender.
Menerusi kempen #InstaPride yang diusahakannya, motif utama kempen berkenaan adalah untuk melahirkan penerimaan pengguna Instagram seluruh dunia terhadap golongan transgender dan sekutunya.
Kempen yang berlansung selama 2 minggu ini bakal menampilkan gambar serta cerita individu yang menghadapi situasi sama termasuk mereka yang menyokongnya, dari seluruh dunia.
Penampilan pertama yang dibuat oleh Miley menunjukkan pendedahan seorang pelajar dari Michigan, Leo Sheng, 19, yang mentransformasikan dirinya daripada seorang wanita kepada lelaki.
“Saya harap potret saya ini akan memberi inspirasi kepada individu yang berani untuk berkongsi cerita mereka mendapat kekuatan untuk bersuara,” kongsi Leo di Instagram.
Sumber: MYNEWSHUB.CC