Pelakon cantik Park Shin Hye memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak dan kini seorang wanita cantik diusia 20-an. Dikenali sebagai style icon kerana kemahiran lakonan hebat, kulit wajah putih bersih, mata yang galak/besar serta rambut lurus yang cantik berkilat. Malah, Park Shin Hye juga menunjukkan gaya fesyen beliau berbeza dalam setiap produksi, juga ketika di karpet merah, fesyennya antara yang menjadi tumpuan lensa.
Ini antara fesyen terbaik Park Shin Hye
1. Ketika menghadiri Karl Lagerfeld Chanel Cruise 2016 Collection Fashion Show di Seoul, Park Shin Hye memilih Chanel tweed coat menjadi dress.
2. Manis sekali mengenakan suit merah jambu ketika Agatha Jewelry Fansigning Event.
3. Park Shin Hye muncul di karpet merah VIP Premiere Gangnam Blues dengan skinny leather pants, stiletto heels dan long navy coat.
4. Wanista sukakan gaya dikenakan Park Shin Hye di Lucky Chouette 2015 S/S Collection Launching Event, nampak stailista dan clean sekali.
5. Park Shin Hye memilih oversized sweater. Bagi muslimah, anda boleh sesuaikan dengan pants, skinny jeans, legging supaya kekal sopan.
6. Kelihatan dewasa dan matang gaya Park Shin Hye di Seoul Fashion Week, lain daripada biasa.
7. Manis sekali leather midi skirt bersama blouse rona cerah.