Ferrari Store Junior pertama di Asia telah dibuka secara rasmi di Level 3, Pavilion Kuala Lumpur. Ruang runcit ini menawarkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori untuk gaya hidup kanak-kanak perempuan dan lelaki.
Ferrari dan Nicholas & Bears Group bergabung mewujudkan satu kejutan yang menarik untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Ferrari Junior Collection secara eksklusif di Asia, mencerminkan keanggunan abadi jenama Ferrari, yang menggabungkan fabrik berkualiti tinggi dengan reka bentuk bergaya untuk pelbagai jenis pakaian kanak-kanak. Malah, di sini juga menawarkan pelbagai jenis mainan dan aksesori seperti basikal, kereta kawalan jauh dan pelbagai lagi.
Ferrari Store Junior di Asia diurus oleh Nicholas & Bears Group, yang juga pemilik jenama kidswear antarabangsa Nicholas & Bears dan Blue Bears. Berikutan kejayaan pelancaran kedai pertama di Malaysia, lebih banyak kedai akan dibuka di bandar-bandar utama di seluruh Asia pilih termasuk Hong Kong, Shanghai, Beijing, Hangzhou, Nanjing, dan Seoul.