Membeli-belah dalam talian baru-baru ini ‘hidup’ di acara Pameran Lazada yang menampilkan lebih daripada 300 produk dalam 7 kategori yang berbeza telah digunakan untuk memberi impak rumah yang selesa dan bergaya untuk tetamu jemputan.
Juempa D’Ramo, sebuah banglo bergaya di Bangsar menjadi saksi acara cukup bermakna itu.
Kemunculan pertama seperti itu di rantau ini oleh Lazada, pameran berkenaan direka bagi membolehkan para tetamu untuk merasai sendiri pengalaman yang lebih baik bagaimana produk yang berbeza bekerja bersama-sama untuk mencipta ruang hidup yang lebih cantik dan selesa.
Selain mempamerkan produk-produk peralatan rumah, peralatan dapur, elektronik, dan juga barang permainan dan keperluan kanak-kanak, sesi tersebut turut memberikan tetamu peluang untuk bertemu sendiri pereka dan stylist rumah Lazada untuk lebih memahami tip dan cara mewujudkan ruang ceria dan menarik di dalam rumah, menggunakan produk-produk terbaik dari Lazada.
Bilik Bayi
Bilik Tidur
Ruang Makan
Bilik Hiburan
Ruang Luar
Lazada Malaysia juga mengumumkan bahawa ia akan menjalankan promosi tiga hari eksklusif dari 9 – 11 Jun 2015 untuk pembeli yang ingin mendapatkan tawaran hebat pada pembelian untuk perayaan mereka; dan jualan khas ‘Riang Ria Raya’ dari 24 – 26 Jun 2015 untuk pelanggan sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang dengan promosi dalam tempoh yang ditetapkan, dengan menawarkan diskaun sehingga 90% untuk semua kategori!
Layari http://www.lazada.com.my/ untuk maklumat lanjut!