Tekanan harian, dalaman dan luaran boleh mengakibatkan kulit kelihatan kusam dan kering. Atas sebab kulit memerlukan khasiat untuk mengekalkan kelembapan dan kesegaran dari siang hingga ke malam, SK-II telah memperkenal dua keperluan baharu iaitu SK-II Mid-Day Miracle Essence dan Mid-Night Miracle Essence untuk menyampaikan rangsangan kulit yang jernih bila-bila masa, di mana sahaja.
Untuk rangsangan kulit yang jernih bila-bila masa, di mana sahaja, SK-II Mid-Day Miracle Essence dan Mid-Night Miracle Essence mengandungi formula yang direka khas yang menggabungkan tahap Pitera yang tinggi dengan Kompleks MoistureLock dalam zarah halus.
Pitera dalam bentuk semburan telah lama menjadi impian selebriti seperti Cate Blanchett dan Tang Wei, dan kini telah direalisasikan dengan Miracle Essence yang baharu.
Keajaiban SK-II Mid-Day Miracle Essence & Mid-Night Miracle Essence
Bagi wanita on-the-go seperti penulis, penjagaan kulit kini lebih mudah dengan Miracle Essence dalam bentuk semburan ini yang mampu menembusi liang-liang pada wajah dengan cepat untuk mengunci kelembapan, menghalang kesan-kesan yang dapat dilihat akibat tekanan harian dengan serta-merta dan mengukuhkan halangan kulit sepanjang masa, tanpa perlu bersusah-susah.
SK-II Mid-Day Miracle Essence dan Mid-Night Miracle Essence yang didatangkan dalam botol 50ml sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja sebagai pelengkap keserian wajah selepas solekan. Botolnya yang kecil boleh dibawa dengan mudah, walaupun di dalam beg tangan yang kecil.
SK-II Mid-Day Miracle Essence kebiasaannya penulis semburkan pada wajah pada siang hari, bagi memastikan kelembapan dan kesegaran terus berkekalan pada wajah, tanpa mengganggu solekan yang dikenakan. Partikel mist ini mudah diserap ke dalam kulit, dan tidak meninggalkan kesan muka berminyak ataupun melekit selepas penggunaan.
SK-II Mid-Night Miracle Essence pula mempunyai ejen penyejukan untuk menenangkan kulit setelah melalui hari yang panjang. Yang bagusnya, kedua-dua mist ini boleh disemburkan pada wajah walaupun penulis hanya berada di rumah, tidak keluar ke mana-mana dan tidak mengenakan sebarang solekan!
Dengan kelembapan yang tahan lama sehingga 4 jam dalam satu aplikasi, Miracle Essence ini dengan serta-merta mengurangkan kesan yang dapat dilihat akibat tekanan oksidatif untuk mengekalkan kesegaran pada wajah. Selepas tiga minggu penggunaan secara tetap, penulis dapat melihat perubahan pada kulit wajah yang menjadi lebih terhidrat, segar dan berseri secara semulajadi.
Untuk hasil yang terbaik, penulis syorkan agar Miracle Essence ini digunakan lima kali sehari, bagi merangsang ia melakukan segala keajaiban seperti memperbaiki kerosakan kulit, menguatkan pertahanan kulit, dan menikmati rangsangan kulit yang jernih bila-bila masa, di mana sahaja.
Pasaran & Harga
SK-II Mid-Day Miracle Essence dan Mid-Night Miracle Essence boleh didapati di semua kaunter SK-II seluruh Malaysia.
SK-II Mid-Day Miracle Essence, 50 ml (RM232)
SK-II Mid-Night Miracle Essence, 50ml (RM232)