Sebagai destinasi sehenti yang menyeronokkan, Sunway Lagoon akan menyambut cuti sekolah dengan pelbagai jenis aktiviti dan promosi menarik untuk semua!
Keseronokan itu bermula seawal 10 pagi setiap hari dengan persembahan pembukaan, diikuti dengan sesi meet-and-greet dengan penari profesional, badut, jangkungan pejalan kaki dan maskot ikonik Sunway Lagoon — Kapten Quack dan Lady Quack.
Berikut merupakan jadual untuk aktiviti yang mereka tawarkan buat pengunjung sepanjang cuti sekolah nanti:
Di atas semua keseronokan itu, dari 30 mei – 14 jun dan 19 – 27 September 2015, sebagai sebahagian daripada kempen cuti sekolah “Waves of Fun”, Sunway Lagoon juga menganjurkan peraduan ‘Most Creative Photo’ — terbuka kepada rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur.
Pengunjung yang mengambil gaya paling kreatif di dalam taman itu dan memuat naik foto ke Facebook Sunway Lagoon dan Instagram dengan tag @sunwaylagoonmalaysia dan hashtag #sunwaylagoonmy, akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah iPad Mini.
Dengan tawaran yang pelbagai itu, pengunjung kini boleh menikmati taman tema serendah RM 0.70 sehari dengan Pas Tahunan Sunway Lagoon yang berharga RM300* (dewasa) dan RM240* (kanak-kanak), dan diberi hak sebagai pemegang kemasukan tanpa had ke Sunway Lagoon selama 12 bulan dari tarikh pembelian. Ahli Sunway Pals juga bakal menikmati akses bulan tambahan, contoh 13 bulan dari tarikh pembelian.
*Harga adalah termasuk GST
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di talian 603 5639 0000 atau layari www.sunwaylagoon.com | www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.