Label ZALORA sendiri, ZALIA. Melakar inspirasi daripada artis abad ke-19, lukisan Adolph Menzel, “The Supper at the Ball’, koleksi tersebut menerapkan inspirasi glamor era silam dengan reka bentuk kontemporari. Menyalurkan keindahan dewan diraja dan keanggunan candelier kristal, koleksi ZALIA 2015 dilimpahi dengan dengan hiasan rumit, sulaman, cetakan cetakan unik dan perincian renda yang halus, di mana semuanya dicipta secara eksklusif.
Koleksi yang terdiri daripada fabrik klasik seperti chiffon lembut dan satin tersedia dalam palet warna yang berbeza, iaitu emas logam, biru gelap, warna pastel yang lembut serta hitam klasik dan warna gading.
Ingin miliki koleksi ini, anda boleh dapati di www.zalora.com.my sekarang!