OMG!! VIP Malaysia ini berita paling terbaik untuk anda. IME Productions dengan bangganya mengumumkan BIGBANG 2015 World Tour [MADE] di Malaysia akan dibuat 2 hari pada 24 Julai 2015 (Jumaat) dan 25 Julai (Sabtu), 6 petang di Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil. Yeayyy 2 hari berturut-turut!
Tambahan, difahamkan 80% daripada tiket yang telah dijual semasa pelancaran tiket untuk persembahan awal pada 25 Julai. Permintaan peminat amat menggalakkan sehingga pihak penganjur membuat tambahan hari untuk konsert Bigbang.
Info terkini – Tiket pada 25 Julai sudah habis dijual.
Disokong oleh Malaysia Major Events, satu bahagian dalam Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, populariti kumpulan itu dijangka menarik sejumlah besar peminat tempatan dan antarabangsa!
Sila hubungi TicketCharge Hotline 603 92228811 atau IME Productions 603 21666166 untuk membeli tiket. Jualan outlet juga akan bermula pada hari yang sama di pejabat TicketCharge, pejabat IME Productions, Kedai Muzik Speedy, kedai muzik Rock Corner, Victoria Music Center dan Neway Karaoke.
Harga tiket untuk BIGBANG 2015 World Tour [MADE] di Malaysia seperti di bawah:
- Rock Zone A – RM798 (Free standing)
- Rock Zone B – RM698 (Free standing)
- VVIP Cat 1 – RM698 (Numbered seat)
- Cat 2 – RM598 (Numbered seat)
- Cat 3 – RM498 (Numbered seat)
- Cat 4 – RM288 (Numbered seat)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat Facebook IME Productions dan Facebook BIGBANG.