Adakah anda menarik perhatian pencuri? Dipetik dari AIG Malaysia, ini antara tips bagi mendidik anda bagaimana untuk mengelakkan diri menjadi sasaran mudah pencuri.
Identiti – “Pencurian identiti” melibatkan penyalahgunaan kad kredit dan akses yang tidak dibenarkan kepada akaun bank dalam talian. Pencuri mencari maklumat peribadi yang terdapat di dalam penyata bil dan dokumen rasmi (seperti sijil kelahiran dan pasport), supaya mereka boleh “mencuri” identiti anda.
Pakaian dan Kasut – Walaupun pakaian berjenama dilipat kemas anda mempunyai nilai jualan semula. Pencuri akan menyelongkar almari dan mengambil apa-apa pakaian berjenama yang anda mungkin ada.
Wang – Jika anda menyimpan wang di rumah, pastikan anda simpan di tempat yang selamat. Lebih baik lagi, simpan simpanan anda di bank.
Gajet – Gajet adalah salah satu perkara yang paling mudah untuk dicuri semasa pecah masuk. Jika kita kaji secara ringkas, pencuri boleh mengesan komputer riba, tablet, atau telefon pintar jenama baru di meja sisi bilik tidur anda.
Dompet dan Beg Tangan – Dompet dan beg tangan biasanya mengandungi benda-benda penting seperti kad pengenalan, kad kredit dan wang. Apatah lagi, nilai pereka dompet dan beg tangan anda mungkin lebih besar daripada kandungan sebenar. Lagi satu, jangan biarkan beg tangan anda di tempat duduk penumpang, tetapi memasukkannya di bawah.
Telefon Pintar – Ia adalah satu pemandangan biasa untuk lihat orang terpaku pada telefon pintar ketika sedang berjalan-jalan dan menjadi sasaran sempurna snatch-and-grab.
Barangan Kemas – Jika anda berada di tempat yang sesak atau menggunakan pengangkutan awam, elak daripada pakai perhiasan mewah kerana ianya akan menarik perhatian pencuri.
Untuk perlindungan anda, pertimbangkan AIG Theft Protect, pelan insurans komprehensif dua-dalam-satu yang melindungi kerugian atau kerosakan kepada barangan rumah, kehilangan barang-barang berharga, kehilangan tunai kerana pecah rumah, rompakan atau kecurian snatch-and-grab. Sebarang info, anda boleh lawati http://www.aig.my/theftprotect atau hubungi 1800 88 7146.