AdnanSafadi telah memperkenal satu siri foto beliau yang dikenali sebagai “Marker”, yang merupakan lukisan pada badan manusia (Claire) sebagai kanvas dengan menggunakan Sharpie! Ideanya adalah untuk menghabiskan sepuluh minggu bagi mewujudkan kepingan seni yang unik.
Setiap minggu, beliau menghabiskan masa antara tiga hingga enam jam mewarnakan kulit Claire dengan Sharpies, bermula dengan garis kasar yang beliau telah praktikkan pada muka dan badannya sendiri. Beliau biasanya akan bermula dengan bahagian paling sukar iaitu di sekitar hidung, pipi dan mata, kemudian bekerja ke bahagian badan untuk menyelesaikan sesuatu corak itu.
Setelah selesai, beliau akan mengabadikan seni itu melalui fotografi. Hasilnya adalah seperti di bawah:
Info lanjut: adnansafadi.com