Tahniah buat kumpulan El Gamma Penumbra dari Filipina yang tampil mempersembahkan aksi seni bayang-bayang dinobatkan sebagai juara edisi pertama program Asia’s Got Talent.
Kumpulan itu berjaya menewaskan 3 lagi peserta akhir yang juga dari Filipina juga iaitu Gerphil Flores, Junior New System dan Gwyneth Dorado. Mereka juga berjaya menundukan peserta Thailand, The Talento, Gao Lin dan Liu Xin (China), Dance Trilogy, Khusugtun (Mongolia) dan Triqstar (Jepun).
El Gamma Penumbra berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak US $ 100,000 dan berpeluang untuk mengadakan persembahan di Marina Bay Sands, Singapura.
Dalam episod sebelumnya disiarkan 6 Mei lalu, mereka melakukan persembahan penghormatan kepada alam semula jadi dengan lagu “Colors of the Wind” dari Pocahontas. Persembahan itu bukan sahaja membuat para juri mengundi mereka tetapi juga membuat juri Anggun menangis.
Pemenang ditentukan melalui undi awam, di mana penonton di studio dan penonton di rumah seluruh Asia boleh mengundi persembahan kegemaran mereka melalui SMS, Facebook, atau pada aplikasi rasmi Asia Got Talent.