Alatan mekap yang sedang ‘in’ pada masa ini, BEAUTY BLENDER!
Okey, beauty bender merupakan span mekap yang berbentuk seperti telur yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan foundation, concealer, primers, malahan blush yang bertekstur krim. Ia sangat popular di US dan kebiasaannya digunakan oleh makeup artist profesional. Beauty blender ini juga sudah menjadi kegilaan para pencinta mekap di Malaysia.
Span berliang ini diisi dengan sedikit air dan mengembang kepada kira-kira 1.5x dalam saiz apabila lembap. Ramai sudah mengetahui keajaiban beauty blender ini yang menyediakan aplikasi asas solekan yang sempurna dan bebas coretan, jika dibandingkan dengan penggunaan span biasa ataupun berus.
Menarik!
Jom lihat cara penggunaan beauty blender, seperti berikut:
Rendamkan seketika beauty blender di dalam air suam.
Perahkan span tersebut sehingga ia menjadi lembap.
Ambil foundation menggunakan beauty blender yang telah lembap tadi.
Kemudian, aplikasikan pada wajah.
Span ini perlu dibersihkan dengan betul bagi menjamin kebersihannya, kerana ia akan digunakan secara kerap. Mudah sahaja, letakkan sedikit pencuci beauty blender pada span dan urut lembut.
Urut dan perah span tersebut di bawah pancuran air sehingga kesemua mekap tanggal dari span.
Biarkan ia kering, dan simpan!
Pautan video: