Diet ataupun dalam proses menjaga berat badan tidak semestinya anda perlu mengikat perut, menahan lapar sehingga memudaratkan diri sendiri. Yang penting adalah cara pemakanan dan juga apa makanan yang diambil dalam proses diet.
Berita baik buat semua, 5 makanan yang tidak disangka-sangka ini boleh membantu anda mendapatkan tubuh yang langsing dengan memberikan kesan kenyang yang cepat selepas anda makan. Nah, kami senaraikan!
1. Popcorn
Jika anda dalam proses diet, pilih popcorn. Ia sarat dengan serat, yang membuatkan anda berasa puas selama berjam-jam dengan perlahankan penghadaman. Dan bukan itu sahaja! Apabila penyelidik dalam kajian Nutrition Journal memberikan makanan kepada orang, sama ada popcorn atau kerepek kentang, mereka mendapati bahawa 15 kalori popcorn rendah lemak adalah sama mengenyangkan seperti 150 kalori dalam kerepek kentang. Terima kasih kepada kombo snek hebat ini yang rendah kalori dan tinggi volume.
2. Sriracha
Ia dibuat daripada lada cili, yang kaya dengan capsaicin penahan selera. Analisa 20 kajian dalam jurnal Appetite menunjukkan bahawa sebatian ini mempunyai pelbagai faedah penurunan berat badan, seperti meningkatkan suhu badan, yang membakar kalori, dan membantu anda berasa kenyang.
3. Cendawan Portobello
Cendawan ini tinggi dalam glutamate, sejenis asid amino yang mempunyai savory “fifth taste” dipanggil umami (empat yang lain adalah manis, masam, pahit dan masin). Apabila sukarelawan dalam sebuah kajian British makan sup dengan atau tanpa rasa ini, mereka yang makan dengan rasa umami didapati makan kurang, tetapi tetap berasa puas dan kenyang. Walaupun penyelidik tidak pasti dengan tepat mengapa, mereka mengesyaki bahawa rasa yang kaya daging pada umami mungkin memainkan peranan.
4. Kentang
Kentang yang telah dimasak dan dibiarkan sejuk mengandungi kanji tahan, satu karbohidrat yang melalui usus kecil anda tanpa dicerna. Semasa ia bergerak ke usus besar, bakteria yang tinggal di sana akan mencernakannya, menjana bahan-bahan yang dikenali sebagai short-chain fatty acids. Ini menggalakkan pengeluaran sebatian khas, yang dipanggil peptida, yang menghantar mesej ke otak anda untuk memberitahu bahawa anda sudah kenyang.
5. Dark Chocolate
Apabila penyelidik di Universiti Copenhagen memberi sarapan pagi kepada sukarelawan sama ada dark chocolate atau milk chocolate, mereka yang makan dark chocolate dilaporkan kurang lapar selepas itu. Lebih baik lagi, mereka mengambil 17 peratus kurang kalori untuk makan tengahari.