Kempen ke seluruh negara ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
McDonald’s telah melancarkan Program Buku Happy Meal dalam usaha menggalakkan ikatan kekeluargaan yang lebih erat dan meraikan keseronokan membaca di Malaysia. Program yang disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dilancarkan secara rasminya oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim di McDonald’s Kota Damansara.
“Program Buku Happy Meal McDonald’s adalah satu platform yang menggalakkan kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga. Kami juga ingin menggalakkan ibu bapa supaya meluangkan masa berkualiti dengan membaca bersama anak-anak mereka. Sebagai sebuah restoran keluarga, kami sentiasa komited untuk mempromosikan nilai-nilai positif demi mengukuhkan institusi kekeluargaan. Dengan sokongan kementerian, kami yakin bahawa Program Buku Happy Meal mampu memberikan keseronokan membaca kepada semua keluarga di seluruh Malaysia,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Stephen Chew.
Program Buku Happy Meal juga bertujuan menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan generasi muda. Untuk membina bangsa yang celik huruf, menggalakkan kanak-kanak supaya membaca sejak kecil lagi adalah sangat penting. Laporan Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) mendapati, kadar celik huruf di Malaysia berada di tahap 93.2%. Ia berada di belakang negara-negara maju seperti Jepun, Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman yang mempunyai kadar celik huruf setinggi 99%. Justeru, pengenalan program buku yang bermatlamat menambah baik kadar celik huruf rakyat Malaysia memang tepat pada masanya. McDonald’s menawarkan buku-buku terbitan DK dalam hidangan Happy Meals, sekali gus menyediakan satu platform terbaik untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan ahli keluarga.
Senarai restoran yang mengambil bahagian dalam aktiviti pada hujung minggu adalah seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut, ‘Like’ kami di McDonald’s Malaysia Facebook atau layari laman web kami link.