Koleksi Jovian Mandagie untuk ZALORA kali ini menampilkan 90 gaya yang menggabungkan tema Art Deco untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Dengan menonjolkan gaya lewat dekad dua puluhan serta grafik seni bina yang berani, koleksi Jovian Mandagie untuk ZALORA 2015 ini menampilkan komponen Art Deco yang terperinci dengan begitu berseni sebagai koleksi Ready-To-Wear.
Koleksi yang mendominasikan warna-warna tanah dan rona warna yang klasik ini amat berbeza berbanding koleksi yang terdahulu. Dengan perincian manik dan garis geometri yang merentasi rekaan Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Kedah, A-Line, Potongan Ikan Duyung dan rekaan lazim label ini iaitu Peplum, telah memberikan impak yang cukup sofistikated.
Jovian Mandagie untuk ZALORA membawakan koleksi pakaian yang mengekalkan warisan turun-temurun ke pasaran semasa dengan menggunakan fabrik seperti krep poliester, satin campuran, labuci dan renda yang ditambah dengan begitu indah pada pergelangan tangan. Hiasan panel dan kemasan piping juga digunakan dalam rekaan koleksi ini.
“Koleksi kerjasama ini adalah mengenai penghasilan semula idea kesederhanaan yang diilhamkan oleh cetakan Art Deco, di mana setiap cetakan direka secara peribadi yang sesuai untuk wanita pada setiap lapisan umur dan kekal tampil menakjubkan dan mempesona.,” kata Jovian Mandagie ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen di Damansara Performing Arts Centre (Teater DPAC), Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Beliau turut menjelaskan, “Saya selalu terpesona dengan kemewahan konsep Art Deco daripada arkib vintaj kegemaran yang menampilkan foto-foto seni bina dalam zaman moden yang menggambarkan lingkungan umur 20-an yang amat mewah.”
Tahun ini, Jovian bekerjasama dengan Luna Maya, pelakon Indonesia yang cukup bergaya dan terkenal untuk mengetengahkan koleksi ini.
Ditawarkan pada harga antara RM430 hingga RM600, koleksi Jovian Mandagie untuk ZALORA ini kini boleh didapati di ZALORA.com.my dan di butik-butik Jovian.
Pemegang kad Maybank boleh menikmati diskaun eksklusif 26%* untuk koleksi ini dan di zalora.com.my untuk pembelian pertama (kod diskaun: M26BANK) dan 21% diskaun* untuk kesemua barangan untuk pembelian berikutnya (kod diskaun M21BAK).
*tertakluk kepada terma dan syarat