Ramai orang mendakwa bahawa air kelapa mempunyai kesan ajaib pada kesihatan. Anda mungkin pernah mendengar tentang minyak kelapa dan beberapa faedah yang ditawarkan. Namun, dalam artikel ini anda akan belajar tentang manfaat terbesar air kelapa yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini.
Secara praktikalnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang hampir sama. Ini dibuktikan dengan menggunakan air kelapa sebagai gantian darah di dalam konflik yang lebih besar pada masa lalu, dan cara ini telah menyelamatkan banyak nyawa.
Hari ini, air kelapa digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh mencari ia dengan sangat mudah. Mungkin bagi sesetengah orang rasanya tidak begitu kena dengan tekak, tetapi kuasa detoksifikasi dan manfaat kesihatan yang ada pada air kelapa adalah sesuatu yang cukup luar biasa dan tidak boleh disangkal lagi.
Apa yang berlaku apabila anda minum air kelapa?
1) Air kelapa menguatkan sistem imunisasi anda dan membuang bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorrhea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan sejuk, penyakit jangkitan dan typhus.
2) Tenaga anda akan dirangsang dan pengeluaran hormon kelenjar tiroid akan dipertingkatkan. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat berguna untuk orang-orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ia akan membantu dalam pembersihan pundi dan saluran kencing. Toksin akan dihapuskan, dan batu karang akan dipecahkan.
3) Air kelapa mempunyai kandungan serat yang tinggi, yang menjadikan ia sangat baik untuk pencernaan. Pengambilan air kelapa dengan kerap mampu menghapuskan asid gastrik.
4) Oleh kerana tahap lemak yang rendah, anda boleh minum air kelapa dalam jumlah yang banyak. Air kelapa akan mengurangkan selera makan anda dan akan membuatkan anda berasa kenyang. Ini sekaligus boleh membawa kepada penurunan berat badan.
5) Lembabkan kapas muka dengan air kelapa dan letakkan pada kulit wajah jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak ataupun kering. Air kelapa tersebut membantu menjadikan kulit lebih bersih dan segar, dan liang wajah akan dibuka.
6) Beberapa pakar mendakwa bahawa anda akan dapat menyelesaikan isu-isu kesihatan ketika hamil dengan meminum air kelapa. Dengan hanya satu cawan air kelapa, anda akan mengimbangi elektrolit, yang jika tidak seimbang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
7) Jika anda suka kulit anda terhidrat pada siang hari, minum satu cawan air kelapa. Jika anda kehilangan tenaga yang terlalu banyak melalui aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Ia akan meninggalkan kesan positif ke atas setiap bahagian tubuh anda.
Jom amalkan minum air kepala bermula hari ini!