IKLAN
Kecantikan, Pilihan, Tips - Kecantikan

Tip Kecantikan Mudah Menggunakan Pisang

Avatar
/
Mulan x Nocturnal
Tip Kecantikan Mudah Menggunakan Pisang

Pisang masak adalah salah satu buah-buahan paling popular yang sangat mudah didapati dan semua menyukainya. Ia mengandungi khasiat tinggi dengan kandungan vitamin A, B, C dan E dengan mineral seperti kalium, zink dan besi.

IKLAN

Tambahkan pisang ke dalam diet harian anda untuk memberikan kesihatan terbaik pada tubuh. Namun, tahukah anda bahawa pisang juga bermanfaat untuk kecantikan? Jom lihat beberapa cara yang boleh dilakukan menggunakan pisang sebagai bahan kecantikan.

1) Ambil pisang separuh masak, lenyek, dan sapukan pada muka dan leher anda. Biarkan ia selama 20-25 minit sebelum membasuhnya dengan air suam. Ia berfungsi sebagai pelembap semulajadi untuk kulit kering. Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering atau kusam, anda boleh tambahkan sedikit madu. Pisang juga membantu untuk membuang jeragat hitam pada wajah.

2) Lenyekkan pisang masak, tambahkan dua sudu teh jus lemon, gaul rata, dan kemudian sapukan pada muka dan leher anda. Biarkan ia selama 20 minit. Kemudian, basuh dengan air suam. Mask muka ini membantu dalam pengurangan bintik dan noda pada wajah sekaligus memberikan kesan wajah yang lebih berseri.

3) Tambahkan sedikit gula kepada pisang masak yang telah dilenyekkan, kemudian sapukan pada muka anda, dan urut dalam gerakan membulat. Kemudian, basuh wajah anda. Ia berfungsi sebagai krim penyental semulajadi. Pisang bertindak sebagai pelembap, manakala gula pula membantu menyingkirkan sel-sel mati.

4) Lenyekkan avocado dan pisang, sapukan pada kulit anda. Biarkan selama 20 minit, kemudian basuh. Pek ini berfungsi sebagai krim anti-penuaan yang cukup berkesan.

5) Ucapkan selamat tinggal untuk mata yang bengkak! Lenyekkan setengah pisang dan letakkan di sekitar mata yang bengkak. Biarkan ia selama 10-15 minit, kemudian basuh dengan air sejuk. Bengkak pada mata akan hilang serta-merta.

Selamat mencuba dan menikmati khasiat pisang untuk kecantikan!

IKLAN