Sekarang sudah memasuki bulan Rejab, penulis pasti ramai yang menjalankan ibadah puasa Rejab. Oleh itu, penulis terfikir apa agaknya menu yang sesuai boleh dibuat untuk makan sahur. Menu yang ringkas dibuat dan semestinya hidangan pembekal tenaga untuk anda teruskan kehidupan seharian dengan baik.
Inovasi resepi dari barat tetapi di sesuaikan bahan dan rasanya dengan penggunaan bahan dari negara kita. Hidangan ini sesuai untuk sahur kerana ianya dapat membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian.
Bahan-bahan:-
- 3 biji kentang ~ disagat jangan halus sangat
- 4 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 biji telur
- Daun bawang atau daun sup
- 1 tangkai cili merah
- Sedikit lada sulah
- Sedikit lada hitam
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak
Cara-cara:-
- Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula.
- Gaul sebati kesemua bahan.
- Panaskan minyak masak dalam kuali leper.
- Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak.
- Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan.
- Taburkan sedikit lada hitam.
- Bila garing baru terbalikkan sebelah lagi.
- Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya.
- Sedia di hidangkan bersama mayonis ataupun sos cili.
Sumber : resepisheilarusly