Anda teruja? Winter Sonata adalah drama klasik Korea yang dibintangi oleh Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo merupakan titik permulaan kepada fenomena drama Korea yang melanda Asia dan kini khabarnya drama tersebut akan ada sekuel.
Park Young Suk, ketua syarikat pengeluaran Winter Sonata, Pen Entertainment mendedahkan pada 14 April, “Kami akan mengeluarkan Winter Sonata 2. Kami akan berkumpul bersama dengan semua staff, penulis dan pengarah – semua yang terlibat dalam drama Winter Sonata untuk sekuel kali ini. Malah, sekarang kesemua produksi dalam proses brainstorming idea untuk jalan cerita sekuel Winter Sonata.
Menurut Park Young Suk lagi, “Kami sudah merancang untuk sequel suatu masa dahulu dan merasakan sekarang adalah masanya.
Agaknya bagaimana sekuel drama Winter Sonata? Adakah hebat seperti yang pertama atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan..