Pengeluar tenusu terkemuka, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), hari ini melancarkan semula produk susu sedia-untuk-diminum di bawah nama baharu, Dutch Lady PureFarm dengan pek yang menarik. Nama Dutch Lady PureFarm ini diilhamkan oleh warisan tenusu Belanda dan kepakaran selama 140 tahun syarikat induknya, Royal FrieslandCampina dalam menyediakan produk susu berkualiti lagi lazat dan berkhasiat untuk pengguna di seluruh dunia dan di Malaysia.
Pakar Pemakanan Korporat Dutch Lady Malaysia, Loo Mei Fong berkata, nutrien penting adalah nutrisi yang tidak boleh dihasilkan oleh badan, atau sekurang-kurangnya tidak cukup pantas untuk memenuhi keperluan fisiologi kita.
“Kita perlu mendapatkan nutrien penting daripada makanan kita. Ini termasuk protein yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran badan, kalsium yang membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat, vitamin A yang penting untuk fungsi mata, vitamin B2 yang diperlukan untuk membantu pembebasan tenaga yang diperolehi daripada karbohidrat, lemak dan protein dan Vitamin D3 yang membantu dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus,” kata Loo.
Loo juga menyarankan bahawa dua hidangan susu Dutch Lady PureFarm sehari dapat membantu memenuhi keperluan nutrien harian seorang dewasa. Ini mampu dalam memastikan pemakanan seimbang untuk keluarga.
Dutch Lady PureFarm boleh didapati dalam pelbagai perisa yang lazat, daripada susu segar, susu Penuh Krim dan susu Rendah Lemak Kalsium Tinggi, hinggalah kepada susu perisa Coklat, Kopi dan Strawberi. Susu ini boleh didapati dalam tiga jenis, iaitu susu UHT (suhu ultra tinggi), susu steril dan susu dipasteur dalam saiz yang berbeza.
Untuk meraikan pelancaran Dutch Lady PureFarm di seluruh negara, pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan dirancang untuk seluruh keluarga. Aktiviti-aktiviti ini akan diadakan di LG floor Oval, 1 Utama Shopping Centre di Selangor (18 hingga 22 Mac), Queensbay Mall di Pulau Pinang (26 hingga 29 Mac) dan Mydin di Seremban 2 (1 hinggga 3 Mei).
Untuk maklumat lanjut mengenai produk PureFarm Dutch Lady, sila layari laman kami di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.